Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tu/] | اونتوق

Definisi : 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tu/] | اونتوق

Definisi : 1 ditentukan atau disediakan bagi…; dikhaskan bagi: Baju dua helai ini ~ kakakmu. 2 buat; guna: tepung ~ membuat kuih. 3 digunakan atau dipakai sbg; dijadikan sbg: Dia telah membawa pisau ~ senjata. 4 bermaksud akan; hendak: Ia ke bandar ~ membeli kasut. beruntuk sudah mempunyai bahagiannya masing-masing; telah ditentukan bahagiannya. menguntukkan menyediakan atau menetapkan bagi: Ayahnya sudah ~ wang tiga ribu ringgit sbg belanja perkahwinannya nanti. peruntukan sesuatu yg diuntukkan; bahagian yg disediakan (utk sesuatu): ~ sudah dibuat utk membina surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,

Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
identity for additionkepercaman untuk penambahan/identiti untuk penambahanFizikTiadaTiada
cross-assemblerpenghimpun silangKejuruteraanTiada1. Penterjemah bahasa lambang yang dijalankan pada sejenis komputer untuk menghasilkan kod mesin untuk komputer jenis lain.,2. Sejenis atur cara penghimpun yang menjana kod perduaan bagi sesuatu atur cara, untuk komputer model lain daripada model tempat atur cara penghimpun itu digunakan.
conversion timemasa penukaranKejuruteraanTiada1. Masa yang diperlukan oleh komputer untuk membaca semua digit pada kata terkod yang diberi.,2. Masa yang diperlukan untuk penukaran atau pengukuran sepenuhnya oleh penukaran analog-ke-digit, bermula dari keadaan yang terset semula.,3. Masa yang diperlukan untuk penukar analog-digit untuk mendigit isyarat masukan.
cupolakupolaKejuruteraanTiada2. Relau silinder tegak yang digunakan untuk melebur besi jongkong untuk dibuat tuangan besi.
fluoritefluoritFizikTiadaKalsium fluorida semula jadi, Ca F2; digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan fluorin, dan untuk membuat lensa.
series circuitlitar siriGeologiTiadaLitar yang semua bahagiannya disambung hujung ke hujung untuk memberikan lintasan tunggal untuk aliran arus.
coolantbahan pendinginKejuruteraanTiada2. Bahan yang digunakan untuk menyerap haba dari punca tertentu, misalnya bendalir untuk menyejukkan perkakasan pemesinan atau untuk menyejukkan bahagian-bahagian reaktor yang menjana haba.
meteorological codekod meteorologiGeologiTiadaBeberapa aturan yang diterima pada peringkat antarabangsa atau kebangsaan dan digunakan untuk meningkatkan maklumat meteorologi untuk penghantaran.
data processingpemprosesan dataPentadbiran PerniagaanTiadaOperasi yang dilakukan terhadap data, biasanya oleh peralatan elektronik automatik, untuk menerbitkan maklumat atau untuk memperoleh tertib di antara fail-fail.
control cardkad kawalanKejuruteraanTiada1. Kad tertebuk yang mengandungi data yang diperlukan untuk tujuan-tujuan pengawalan.,2. Kad tersebut yang ditebuk untuk merakamkan nilai parameter yang diperlukan oleh atur cara untuk dibaca oleh komputer. Sinonim: kad parameter.
12345678910...

Kembali ke atas