Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.pah] | اوڤه

Definisi : wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sbg pembalas jasa, ganjaran utk tenaga orang yg telah diguna-kan: aku diberi ~ seringgit utk mengangkat beg; ~ bidan upah yg diberikan kpd bidan; makan (mengambil) ~ a) bekerja dgn mendapat upah; b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu; c) ki menerima rasuah, makan suap; berupah (melakukan sesuatu) dgn mendapat upah, menerima upah, dgn upah: dia sendiri juga membawa makanan dan segala per-kakas itu dgn tiada ~; mengupah menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dgn membayar upah, menyuruh bekerja dgn memberi upah: maka datanglah mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran; mengupahi membayar upah kpd: mereka telah diupahi membakar rumah itu; mengupahkan menyuruh orang mengerja-kan sesuatu dgn membayar upah: kpd siapa engkau upahkan menjahit baju engkau? upahan 1. = orang ~ orang yg bekerja dgn mendapat upah, orang gaji; 2. orang yg diupah; askar (tentera) ~ askar yg berkhidmat kerana upah; 3. upah; pengupah orang yg memberi upah: maka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.pah] | اوڤه

Definisi : wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu; bayaran sbg membalas jasa: Ia diberi ~ tiga ringgit kerana mencuci kereta. berupah mendapat upah kerana melakukan sesuatu: Kalau ~, barulah ia mahu bekerja. mengupah memberikan upah kpd seseorang supaya melakukan sesuatu: Bapanya ~ Hassan mengecat dinding itu. mengupahkan memberikan sesuatu kerja kpd seseorang dgn membayar upah: Kerja-kerja yg berat diupahkan kpd pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upah (kata nama)
Bersinonim dengan bayaran, gaji, pendapatan, pencarian, nafkah, ujrah, ganjaran, pemberian, pampasan, imbalan, duit kopi, pencen, musara;,
Kata Terbitan : mengupah, upahan,

Puisi
 

Naik kuda bertali sabut,
     Sampai ke Jawa upah ke bendang;
Dulu muda semua berebut,
     Sudah tua siapa tak pandang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Upah bidan pun tak terbayar.

Bermaksud :

Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wagen upah: he works for a ~ of $100 a week, dia bekerja dgn mendapat upah $100 seminggu; the minimum ~ is set by the arbitration court, upah minimum ditetapkan oleh mahkamah timbang tara; a ~ rise, kenaikan upah; he earns good ~, dia mendapat upah yg banyak; the unionists are striking for higher ~s, ahli-ahli kesatuan sekerja sedang mogok utk mendapatkan upah yg lebih tinggi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jobbingn mengambil upah: a ~ farm-worker, pekerja ladang yg mengambil upah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
piece ratenupah ikut kerja: the drivers were paid ~s, pemandu-pemandu itu dibayar upah ikut kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pieceworknkerja upah ikut butir: the workers were all on ~, pekerja-pekerja itu membuat kerja upah ikut butir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wagea living ~, /upah, gaji/ utk sara hidup: $50 a week is no longer a living ~, $50 seminggu tdk lagi menjadi upah utk sara hidup;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
takee. accept work for payment, mengambil upah: the widow ~s in sewing to supplement her income, balu itu mengambil upah menjahit utk menambah pendapatannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
char 2vi work as a cleaner, mengambil upah mencuci (+ approp n): she goes out ~ring three days a week, dia keluar mengambil upah mencuci pejabat tiga kali seminggu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hire~ out, menyewakan: the fishermen often ~ out their boats to tourists, nelayan-nelayan itu selalu menyewakan perahu mereka kpd para pelancong; ~ os out, mengambil upah: he ~s himself out at harvesting time, dia mengambil upah semasa musim menuai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
portagen 1. transportation, pengangkutan: the ~ of goods can be arranged, pengangkutan barang-barang itu boleh diurus; 2. payment for transportation, upah /mengangkut, pengangkutan/: to pay ~ on the goods, membayar upah mengangkut barang-barang itu; 3. (US) hauling boat, supplies overland, mengangkut perahu dan bekalan: ~ will be necessary in this stretch of the valley, mengangkut perahu dan bekalan adalah perlu di bahagian lembah ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
starvation ~ wages, upah yg mencerut perut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas