Perhambaan merupakan satu amalan manusia
yang memiliki manusia lain. Seorang hamba abdi
menjadi hak milik kepada tuannya dan bekerja
untuknya tanpa sebarang upah atau gaji. Pemilik
yang disebut tuan atau puan membekalkan
makanan, tempat tinggal, dan pakaian kepadanya.
Perhambaan bermula pada zaman prasejarah dan
diamalkan sejak dari zaman tersebut. Perhambaan
pada zaman purba mencapai kemuncaknya di
Greece dan Empayar Rom. Pada Zaman
Pertengahan, amalan perhambaan mengalami
kemerosotan. Kemudian pada tahun 1500-an dan
1600-an, penjajahan Dunia Baru oleh orang Eropah
telah mengakibatkan berkembangnya perhambaan
secara pesat. Kemerosotan perhambaan
disebabkan oleh perubahan moral terhadap
perhambaan pada tahun 1800-an. Kini, perhambaan
adalah tidak sah di sisi undang-undang di hampir
setiap negara tetapi amalan ini masih lagi wujud di
beberapa bahagian Afrika, Asia, dan Amerika
Selatan.