Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.pah] | اوڤه

Definisi : wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sbg pembalas jasa, ganjaran utk tenaga orang yg telah diguna-kan: aku diberi ~ seringgit utk mengangkat beg; ~ bidan upah yg diberikan kpd bidan; makan (mengambil) ~ a) bekerja dgn mendapat upah; b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu; c) ki menerima rasuah, makan suap; berupah (melakukan sesuatu) dgn mendapat upah, menerima upah, dgn upah: dia sendiri juga membawa makanan dan segala per-kakas itu dgn tiada ~; mengupah menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dgn membayar upah, menyuruh bekerja dgn memberi upah: maka datanglah mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran; mengupahi membayar upah kpd: mereka telah diupahi membakar rumah itu; mengupahkan menyuruh orang mengerja-kan sesuatu dgn membayar upah: kpd siapa engkau upahkan menjahit baju engkau? upahan 1. = orang ~ orang yg bekerja dgn mendapat upah, orang gaji; 2. orang yg diupah; askar (tentera) ~ askar yg berkhidmat kerana upah; 3. upah; pengupah orang yg memberi upah: maka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.pah] | اوڤه

Definisi : wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu; bayaran sbg membalas jasa: Ia diberi ~ tiga ringgit kerana mencuci kereta. berupah mendapat upah kerana melakukan sesuatu: Kalau ~, barulah ia mahu bekerja. mengupah memberikan upah kpd seseorang supaya melakukan sesuatu: Bapanya ~ Hassan mengecat dinding itu. mengupahkan memberikan sesuatu kerja kpd seseorang dgn membayar upah: Kerja-kerja yg berat diupahkan kpd pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upah (kata nama)
Bersinonim dengan bayaran, gaji, pendapatan, pencarian, nafkah, ujrah, ganjaran, pemberian, pampasan, imbalan, duit kopi, pencen, musara;,
Kata Terbitan : mengupah, upahan,

Puisi
 

Naik kuda bertali sabut,
     Sampai ke Jawa upah ke bendang;
Dulu muda semua berebut,
     Sudah tua siapa tak pandang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Upah bidan pun tak terbayar.

Bermaksud :

Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wage incentiveinsentif upah/galakan upahEkonomiTiadaTiada
wage drifthanyutan upahEkonomiTiadaTuntutan yang menyebabkan kenaikan upah melampaui kadar upah asas.
wage incentive planrancangan insentif upah/ rancangan galakan upahEkonomiTiadaTiada
pawn saving additional feeupah tambahan simpanan gadaianEkonomiEkonomi IslamSejumlah wang yang perlu dibayar oleh penggadai sebagai upah kepada pegadai untuk menyimpan barang gadaian dalam tempoh lanjutan. Upah yang dikenakan bergantung pada jangka masa lanjutan yang diberikan. Upah ini dinyatakan selepas pegadai bersetuju dan menyatakan tempoh lanjutan yang diluluskan.
ajr mithlupah setaraPerniagaan IslamTiadaUpah setimpal yang diterima oleh individu kerana perkhidmatan yang diberikan. Contohnya, buruh hendaklah dibayar dengan upah yang difikirkan setimpal dengan usahanya.
wage shopsyop upahPentadbiranTiadaKeadaan di tempat kerja, iaitu upah yang ditawarkan oleh majikan jauh lebih rendah daripada upah yang ditawarkan oleh sesuatu industri pekerjaan.
wage structurestruktur upahPentadbiranTiadaSkim bayaran upah yang disediakan oleh majikan atau organisasi yang menunjukkan pertalian antara berbagai-bagai jenis tingkat upah dengan berbagai-bagai jenis pekerjaan.
ajr musammaupah tetapPerniagaan IslamTiadaUpah yang ditetapkan mengikut kadar dan jenis pekerjaan yang tertentu. Contohnya, pekerja khas atau pekerja awam dapat mengetahui dengan jelas kadar upah yang akan diterima setelah selesai pekerjaannya.
الظِئْرِupah menyusuAgama IslamFiqhUpah yang diberikan kepada orang yang menyusukan bayi.
real wageupah sebenarGeografiTiadaUpah bersih setelah ditolak segala perbelanjaan.
12345678910...

Kembali ke atas