Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
upah (kata nama)
Bersinonim dengan bayaran, gaji, pendapatan, pencarian, nafkah, ujrah, ganjaran, pemberian, pampasan, imbalan, duit kopi, pencen, musara;,
Kata Terbitan : mengupah, upahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proletarianizationpemproletarianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan seorang buruh semakin miskin dan rendah dalam kedudukan kelas masyarakat kapitalis. Proses ini melihat golongan kapitalis atau borjuis mengambil keuntungan yang lebih besar secara berterusan dengan mengurangkan kos pengeluaran melalui pemberian upah buruh yang semakin kecil. Pengurangan upah yang berterusan ini akan mengakibatkan pekerja biasa turut termasuk dalam kelas proletar sehingga menjadikan kedudukannya sebagai proletar yang semakin miskin. Keadaan ini menjelaskan sifat ekstrem kapitalisme seperti yang diperkenalkan oleh Karl Marx dalam teori kelas beliau yang menyatakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya manakala orang miskin menjadi semakin miskin.
fee incomependapatan yuranEkonomiEkonomi IslamPendapatan yang dihasilkan daripada perkhidmatan berasaskan upah. Pendapatan ini berfungsi untuk meningkatkan perolehan institusi kewangan Islam selain sumber keuntungan. Contoh perkhidmatan berkenaan ialah khidmat nasihat dan pembiayaan korporat, khidmat nasihat pelaburan serta perkhidmatan pengantara perbankan seperti menguruskan pinjaman bersindiket dan menyediakan khidmat penerimaan dan jaminan.
mubadaah contractakad mubadaahEkonomiEkonomi IslamAkad yang menentukan pemilik modal menyerahkan modal kepada pihak lain untuk diusahakan secara sukarela. Pemilik modal akan menerima semua keuntungan daripada usaha tersebut dan menanggung semua kerugian. Pihak yang mengusahakan modal berkenaan tidak menerima sebarang untung atau upah kerana usahanya dilakukan secara sukarela atas asas kebajikan.
incentive regulationperaturan insentifPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan perlesenan, undang-undang, kawalan harga atau upah yang secara langsung akan mempengaruhi sikap atau dasar sama ada kepada pekerja, syarikat, pelabur ataupun pengeksport. Dengan sesuatu tindakan di atas secara langsung sikap atau tindakan individu atau syarikat itu akan berubah atau melakukan dasar yang berbeza sebagai reaksi kepada tindakan tersebut. Dengan cara ini insentif itu secara tidak langsung akan berkembang mengikut mekanisme tersendiri atau secara lebih teratur. Biasanya peraturan insentif ini dilakukan bagi meningkat pelaburan, keuntungan, transaksi, memperbaiki perkhidmatan ataupun meningkat kecekapan kerja.

murabahah depositdeposit murabahahEkonomiEkonomi IslamDeposit yang disimpan di institusi kewangan Islam berasaskan akad murabahah. Pendeposit akan mewakilkan institusi kewangan Islam membeli komoditi yang diluluskan oleh syarak dan menjualnya kepada pihak ketiga. Keuntungan hasil jualan ini akan diserahkan kepada pendeposit, manakala pendeposit akan membayar upah kepada institusi berkenaan.

Kembali ke atas