Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.paya] | اوڤاي

Definisi : usaha utk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar: kalaulah segala apa yg diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~; seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yg terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya; berupaya 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; mengupayakan 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; terupaya sanggup, mampu; tidak ~ tidak sanggup (mampu); keupayaan kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, ke­cenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; berkeupayaan mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; ketidakupayaan perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik; pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan berupaya (berke-mampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~ golongan miskin ini utk mempunyai pen-dapatan yg lebih tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.paya] | اوڤاي

Definisi : usaha utk mencapai sesuatu maksud; ikhtiar: tidak ada ~ tidak ada usaha atau ikhtiar. berupaya 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. mengupayakan 1 mencari jalan utk mengusahakan sesuatu; mengikhtiarkan. 2 menjadikan mampu atau dpt mencapai sesuatu; membolehkan: Usaha yg dijalankan itu ~ syarikat mencapai sasaran yg ditetapkan. keupayaan kesanggupan atau kemampuan utk melakukan sesuatu. pengupayaan perihal atau perbuatan mengupayakan. seupaya-upayanya setakat yg terdaya; sedapat-dapatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,

Puisi
 

Pohon betik pohon petola,
     Dipanggil jua pohon papaya;
Adik cantik abang gila,
     Adik tak mahu apa upaya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
potential energytenaga upayaMekanikGunaanTenaga yang ada pada sesuatu jasad disebabkan oleh kedudukan jasad itu nisbi terhadap datum. Lihat juga tenaga upaya graviti, tenaga upaya anjal, rangkap tenaga upaya.
potential energy functionrangkap tenaga upayaMekanikGunaanUngkapan bagi tenaga upaya jasad. Pada umumnya, jasad yang ditindak oleh daya graviti dan daya anjal mempunyai rangkap tenaga upaya V yang diberikan oleh sebutan V = Vg + Va dengan Vg sebagai sebutan tenaga upaya graviti dan Va ialah sebutan tenaga upaya anjal. Lihat juga tenaga upaya anjal, tenaga upaya graviti.
coordinate potentiometermeter upaya koordinatKejuruteraanTiadaMeter upaya tempat dua meter upaya linear membawa arus ulang-alik dalam fasa yang berbeza, supaya voltan paduan antara sadapan dapat dilaras dari segi fasa dan magnitud.
gravitational potential energytenaga upaya gravitiMekanikGunaanTenaga upaya yang disebabkan oleh daya graviti yang bertindak pada jasad (iaitu berat jasad tersebut). Tenaga upaya graviti memerlukan suatu datum satah mengufuk untuk mengukurnya. Nilai tenaga upaya graviti Vg diberikan oleh ungkapan, Vg = WyG dengan W ialah berat jasad berkenaan dan yG ialah kedudukan tegak pusat gravitinya apabila diukur dari satah datum. Jarak yG diambil sebagai positif jika ukuran dibuat menghala ke sebelah atas satah itu, dan negatif jika sebaliknya. Tenaga upaya graviti adalah positif jika jasad berada di sebelah atas datum dan negatif jika berada di sebelah bawah datum.
elastic potential energytenaga upaya anjalMekanikGunaanTenaga upaya yang disebabkan oleh ubah bentuk pegas anjal. Bagi pegas linear, tenaga upaya anjal Va diberikan oleh ungkapan, Va = kx2 dengan k sebagai kekakuan pegas dan x ialah ubah bentuk pegas itu apabila diukur nisbi terhadap bentuknya yang tak terubah bentuk. Tenaga upaya anjal merupakan kerja yang akan dilakukan untuk mengembalikan pegas itu ke kedudukan keseimbangannya. Nilai Va sentiasa positif.
potential differencebeza upayaTeknikElektrikPerbezaan keupayaan penolakan elektron di antara dua titik. Unit beza upaya ialah volt. Dalam litar terbuka, beza upaya di antara dua titik, seperti bateri, bersamaan dengan d.g.e.-nya, tetapi jika arus mengalir dalam litar tertutup beza upayanya ialah IR, dengan I ialah arus dan R ialah rintangan litar antara dua titik upaya yang diukur.
zero potentialupaya sifarTeknikElektrikIstilah yang biasanya merujuk upaya bumi sebagai perbandingan dengan upaya lain.
intermediate disabilityhilang upaya perantaraaninsuransTiadalih. 1. hilang upaya separa kekal. 2. hilang upaya separa sementara.
disability incomependapatan hilang upayainsuransTiadaFaedah hilang upaya selalunya disediakan sebagai rider yang dilampirkan pada kontrak insurans hayat biasa. Faedah ini menyediakan pendapatan bulanan dan penepian premium apabila berlaku hilang upaya menyeluruh kekal selepas tempoh menunggu yang ditetapkan.
disability incomependapatan hilang upayaPentadbiran PerniagaanTiadaFaedah hilang upaya selalunya disediakan sebagai rider yang dilampirkan pada kontrak insurans hayat biasa. Faedah ini menyediakan pendapatkan bulanan dan penepian premium apabila berlaku hilang upaya menyeluruh kekal selepas tempoh menunggu yang ditetapkan.
12345678910...

Kembali ke atas