Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.rat] | اورت

Definisi : 1. = ~ darah saluran kecil-kecil dlm tubuh yg membawa (mengalirkan) darah, pembuluh darah; 2. = ~ daging tisu pd daging yg halus spt benang; 3. gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan, otot; 4. = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa, asabat; 5. garisan-garisan yg kelihatan pd permukaan kayu, (batu marmar dll); 6. serat yg terdapat pd kayu, tisu pd tumbuh-tumbuhan; 7. tulang daun: daun pokok ini mempunyai ~ yg selari antara satu sama lain; 8. akar (pd tumbuh-tumbuhan); 9. penjodoh bilangan utk gelang atau benda yg kecil (halus) dan panjang (spt rotan dll): di pergelangan tangannya mem-belit dua ~ gelang halus diperbuat drpd emas; 10. ki asal mula (sesuatu hal), pokok pangkal; ~ amris urat di kiri kanan batang leher; ~ belikat otot pd belikat; ~ benang jalur benang (pd jahitan); ~ daun tulang-tulang daun; ~ daya garisan (titik-titik, jaluran) yg menun-jukkan aliran tenaga dll; ~ kata akar kata; ~ keting otot di atas tumit; ~ leher otot pd leher; ~ nadi saluran darah yg berdenyut pd pergelangan tangan; ~ pengetul otot pd lengan (atau kaki) utk melipatkan lengan (atau kaki); ~ tendon sj tisu yg menghubungkan otot dgn tulang; ~ tunggal = ~ tunggang akar tunjang (pd tumbuh-tumbuhan); menghendaki ~ lesung prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin akan dapat; nan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan ber-lambai pucuk prb, Mn orang yg berkaum menurut adat; berurat 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rat] | اورت

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba), Plantago major. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rat] | اورت

Definisi : bahagian tubuh yg haram didedahkan (menurut agama Islam); gila ~ lelaki yg gila perempuan; ® aurat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rat] | اورت

Definisi : 1 = ~ darah saluran atau pembuluh kecil-kecil yg membawa darah dlm tubuh. 2 = ~ daging tisu semacam benang yg terdapat dlm daging. 3 gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan; otot. 4 = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa. 5 jalur-jalur atau garis-garis yg tampak pd permukaan kayu, batu marmar dll. 6 serabut atau serat spt benang yg terdapat pd kayu. 7 tulang daun. 8 penjodoh bilangan utk benda yg kecil dan panjang, spt rotan: Se~ rotan pun susah hendak dicari sekarang. ~ benang jalur benang yg ada pd jahitan. ~ belikat otot pd belikat. ~ keting otot yg di atas tumit. ~ leher urat yg ada pd leher. ~ merih urat darah yg besar di leher. ~ nadi salur darah yg berdenyut pd pergelangan tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.rat] | اورت

Definisi : ; mengurat mengusik-usik atau mengganggu perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urat

Puisi
 

Sapa-sapa di tepi mahligai,
     Urat nanas jadikan ijuk;
Ilmu apa adik pakai,
     Hati yang panas menjadi sejuk.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menghendaki urat lesung.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONOKOTILEDON

Monokotiledon ialah sejenis tumbuhan

berbunga yang mempunyai satu kotiledon (struktur

daun di dalam biji). Kebanyakan daun

monokotiledon mempunyai urat yang selari.

Bahagian bunganya biasanya tumbuh dalam

gandaan tiga. Lebih kurang 40 000 spesies

tumbuhan adalah monokotiledon, termasuk

pisang, jagung dan nanas.

Lihat juga Kotiledon.

UMUM 
SENDUDUK

SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang  kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama.  Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas