Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ur.ba.ni.sa.si] | اوربانيساسي

Definisi : proses, usaha, dsb menjadikan sesuatu keadaan, kawasan, dsb bersifat bandar, pem-bandaran: begitu juga hasil drpd industriali-sasi dan ~, berlakunya perhijrahan dr desa ke kota; mengurbanisasikan menjadikan sesuatu kawasan itu bandar, membandarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urbanisasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
konsep urbanisasi dan perkembangan bandarUrbanisasi ialah proses, usaha dan sebagainya untuk menjadikan sesuatu keadaan atau kawasan bersifat bandar; pembandaran. Perkembangan bandar bermaksud perihal bandar yang berkembang, pertumbuhan atau kemajuan.Makna11.08.2008
Saya ingin bertanyakan tentang perkataan "URBAN", adakah sebuah artikel itu boleh digunakan dengan tajuk Seni Urban? kerana maksud urban tidak ditemui dalam PRPM,yang ada cuma urbanisasi dan suburban. Mohon pencerahan. Terima kasih.Urban bermaksud bandar atau kawasan bandar.  Jadi saudara boleh ubah suai tajuk artikel kepada Seni Pembangunan Bandar atau Seni Hiasan Bandar atau sebagainya yang berkaitan dengan bandar.Makna02.06.2014
Assalamualaikum. Saya telah bertanya tentang perkataan "universalisation" dalam bahasa Melayu dan pihak DBP dalam pertanyaan sebelum ini menasihati supaya saya menggunakan perkataan "pensejagatan". Namun, saya perlu menggunakan perkataan yang bermula dengan huruf U (untuk memudahkan akronim keseluruhan terma yang ingin diwujudkan). Saya dapati perkataan "universal" ada dalam Kamus Dewan, begitu juga perkataan "urbanisasi" (bermaksud penggunaan "-isasi" diterima dalam bahasa Melayu bukan?)". Oleh itu, adakah salah dari sudut bahasa Melayu sekiranya saya menggunakan perkataan universalisasi? Terima kasihPenggunaan pensejagatan bagi padanan universalisation telah mantap. Dalam data korpus juga tidak ada penggunaan universalisasi, justeru sandaran kepada pembentukan perkataan lain yang hampir sama seperti urbanisasi tidak dapat diterima. Sedikit maklumat tambahan universalisasi banyak digunakan dalam bahasa Indonesia.Penyemakan dan penterjemahan05.09.2019
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi?

Salam Maal Hijrah 1432,

Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk  identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang  menyerap masuk nilai-nilai  Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi  subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan  mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada  modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003).  Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu  sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724.

 

Salam takzim.

Lain-lain04.12.2010

Kembali ke atas