Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : urusan perniagaan, kegiatan jual beli; berurus niaga berurusan jual beli: kecemer-langan ~; peniaga Jerman dikehendaki mendapatkan lesen utk ~ dgn firma asing; mengurusniagakan menjalankan kegiatan jual beli (perniagaan dsb): sejumlah 9000 unit saham Metrojaya diurusniagakan sebaik sahaja pasaran dibuka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segala urusan yg berkaitan dgn perniagaan atau perdagangan. berurus niaga mengadakan atau menjalankan urus niaga (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUSAT KEWANGAN LUAR PESISIR

tempat di mana suatu urus niaga kewangan dikendalikan untuk pendeposit dan peminjam yang bukan pemastautin.

EKONOMI DAN PENGURUSANBandar/Negeri/Negara/Tempat
TELEPRINTER SAHAM

Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik

yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok

dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video.

Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk

nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan

saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau

dijual.

UMUM 
SURAT-MENYURAT

Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi

bertulis. Orang menulis surat untuk urusan

perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus

niaga umumnya lebih rasmi daripada surat

peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan

memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk

jualan menjual barangan dan surat peringatan.

Surat peribadi termasuk surat kiriman antara

anggota keluarga atau sahabat, surat undangan,

dan nota ucapan terima kasih.

UMUM 
SIMPAN KIRA

Simpan kira ialah proses sistematik untuk

menganalisis, merekod, dan meringkaskan urus

niaga ekonomi bagi perniagaan atau organisasi

lain selama tempoh yang tertentu. Organisasi

dan individu menggunakan simpan kira kerana ia

memberi maklumat yang teratur dan tepat

tentang urus niaga kewangan. Ia memberi

gambaran tentang kedudukan kewangan, dan

merekod perubahan keuntungan atau kerugian

yang berlaku.

UMUM 
RESIT

Resit ialah pernyataan bertulis tentang

pembayaran yang dilakukan oleh seseorang

kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah

pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang

atau harta yang dipindahkan daripada

pemilikan atau tanggungan seseorang kepada

seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa

sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga

jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian

(apabila sebahagian daripada jumlah penuh

dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu .

UMUM 
BURSA KOMODITI KUALA LUMPUR

Bursa Komoditi Kuala Lumpur ialah tempat urus niaga kontrak niaga hadapan komoditi dijalankan.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
PURATA DOW JONES

Purata Dow Jones merupakan statistik yang

menunjukkan aliran harga saham dan bon di

Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham

pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham

New York . Dow Jones & Company, sebuah firma

penerbitan kewangan, mengira purata taksiran

setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap-

tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata

harga saham biasa daripada 30 firma industri,

(2) purata saham biasa daripada 20 syarikat

pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15

syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang

membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi.

Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini.

UMUM 

Kembali ke atas