radio broadcasting station | stesen siaran radio | Komunikasi | Tiada | Stesen yang dijadikan sebagai tempat pengendalian urusan-urusan perancangan, penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan radio. |
intervention | campur tangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan sesuatu pihak yang mencampuri urusan dalaman atau urusan luaran sesebuah negara berdaulat. Tindakan ini umumnya menyalahi prinsip tidak campur tangan di bawah undang-undang antarabangsa. Menurut Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan antarabangsa tersebut tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan yang berada dalam bidang kuasa tempatan negara. Selain itu, terdapat juga deklarasi PBB yang melarang sesebuah negara daripada mencampuri urusan dalaman dan luaran negara lain. Walau bagaimanapun, tindakan campur tangan adalah sah dengan mandat Majlis Keselamatan PBB atau izin negara tuan rumah. |
business | urusan; perniagaan | Undang-undang | Tiada | 1. Urusan: Sesuatu pekerjaan, profesion, tugas atau kewajipan.,2. Perniagaan: Sebarang perniagaan, perdagangan, pembuatan, perindustrian atau sebarang usaha atau urusan perniagaan. |
counter service office | pejabat khidmat kaunter | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempat urusan rasmi yang menjalankan urusan kaunter sahaja dan tidak melibatkan serahan mel. |
travelling post office (TPO) | pejabat pos kereta api | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempat urusan rasmi untuk urusan pos di dalam kereta api |
recruitment exercise | urusan pengambilan (pekerja) | Sejarah | Tiada | Urusan dan peraturan yang ditetapkan dalam kerja-kerja pengambilan anggota baru seperti dalam bidang ketenteraan atau tenaga buruh untuk industri. |
balance billing | urusan bil baki | Gerontologi | Tiada | Urusan yang berkaitan dengan baki bayaran yang dibilkan kepada pesakit kerana tidak ditanggung oleh pihak insurans. |
domestic affairs | hal ehwal domestik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Urusan dalaman bagi sesebuah organisasi. Hal ehwal domestik merangkumi pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat dan gaji, transaksi kewangan, urusan cuti, pertukaran kerja dan kebajikan anggota organisasi. Segala hal ehwal dalaman ini tidak boleh melibatkan sebarang campur tangan pihak luar organisasi. Contoh, dalam urusan kenaikan pangkat, pihak pengurusan atasan bertanggungjawab membuat segala keputusan tanpa dipengaruhi oleh pihak lain. |
specialised office | pejabat khusus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempat urusan rasmi yang menjadi pusat untuk pelbagai urusan pos. |
specialized centre | pejabat khusus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempat urusan rasmi yang menjadi pusat untuk pelbagai urusan pos. |