Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.rut] | اوروت

Definisi : ; minyak ~ minyak angin dll yg diguna-kan ketika memicit atau menggosok badan; rumah ~ rumah tempat orang dipicit-picit atau diramas-ramas badannya; tukang ~ tukang picit (badan), orang yg memicit-micit (meramas-ramas dsb) badan seseorang atau tempat-tempat yg bengkak (terseliuh dll); berurut (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan): barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi; ~ dada ki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dll); ~ kuduk ki membujuk-bujuk; mengurut-urut mengurut berulang kali: tangannya pula turut ~ dada ibunya; mengurutkan menggosokkan, mengusapkan: ia minta hamba ~ lengannya yg terseliuh; urutan 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, me­ngurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; pengurutan perbuatan dsb mengurut: ~ pd otot-otot, bermula dr ibu kaki; pengurut 1. orang yg mengurut, tukang urut: dia ~ yg berpengalaman; 2. alat utk meng-urut (anggota badan dsb): setiap bilik itu dilengkapi ~ kaki utk melegakan badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rut] | اوروت

Definisi : ; angka (nombor) ~ angka (nombor) yg berturut-turut; berurut-urut, berurut-urutan berturut-tu­rut (nombor, bilangan, dll), beriring-iringan, beruntun-runtun; urutan susunan (kejadian) yg berturut-turut, susunan yg teratur, rentetan: ~ peristiwa dlm T.N. kadangkala mengelirukan kerana susun-annya tidak teratur; menghadapi berbagai-bagai cabaran dan dugaan, mengalami bermacam ~ peristiwa serta menerima ber-bagai-bagai perubahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rut] | اوروت

Definisi : ; tukang ~ orang yg kerjanya memicit-micit badan orang lain yg sakit-sakit. berurut membiarkan tubuh badan atau bahagian-bahagiannya dipicit-picit atau digosok-gosok utk memulihkan kesihatan dll. mengurut 1 memicit-micit dan menggosok-gosok badan atau bahagian-bahagiannya dgn tangan: Emaknya pandai ~. 2 menggosok perlahan-lahan dgn tangan utk membelai dll; mengusap: Ia ~ kepala anaknya sambil mengatakan sesuatu. ~ dada mengusap dada kerana sedih, kecewa dsb. urutan gerakan tangan utk mimicit-micit (badan dsb). pengurutan perbuatan atau hal mengurut. pengurut alat (mesin dsb) yg digunakan utk mengurut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.rut] | اوروت

Definisi : ; angka ~ angka yg berturut-turut. urutan susunan yg berturut-turut; susunan yg teratur mengikut giliran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urut (kata kerja)
Bersinonim dengan picit, ramas, gosok, tekan-tekan, gasor, sengkak;,
Kata Terbitan : mengurut, urutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta Perkataan Jawi untuk : PUSAT URUT KAKI SIHAT   ڤوست  اوروت  کاکي  صيحت  -   PUSAT URUT KAKI SIHAT
Lain-lain12.03.2021
Apakah perbezaan antara memicit-micit dan mengurut-urut? Datuk ( ) kakinya yang lenguh selepas balik dari kebun. Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat tersebut?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud memicit-micit ialah mengurut (badan dan sebagainya) manakala mengurut-urut pula bermaksud mengurut berulang kali. Maka kedua-dua istilah ini boleh digunakan bagi contoh ayat yang diberikan.Makna12.08.2016
Tuan, Apakah perbezaan antara"mujarab" dengan "mustajab"? a) Minyak urut yang dijual itu sungguh mustajab. Betulkah penggunaan mustajab dalam ayat di atas? Terima kasihMerujuk kepada Kamus Dewan, kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu  dapat menyembuhkan. Ayat yang sesuai ialah Ubat itu sangat mustajab untuk pening kepala.Makna16.10.2017

Kembali ke atas