antara usaha-usaha.../antara usaha...mana satu dianggap betul? | Penggunaan yang betul ialah Antara usaha ... | Tatabahasa | 02.02.2021 |
Ciri-ciri budaya dalam pantun Melayu. Apakah pandangan masyrakat tentang pantun Melayu kini? Apakah langkah atau usaha-usaha yang dijalankan untuk mengekalkan dan memperkasakan pantun Melayu? | Antara usaha-usaha yang telah dijalan oleh DBP dalam memartabatkan pantun ialah mengadakan Pertandingan Berbalas Pantun Antara Kementerian pada setiap tahun. DBP juga telah menerbitkan banyak buku tentang pantun Melayu. Untuk menjawab persoalan saudara, sila rujuk buku "Pandangan Semesta Melayu: Pantun", terbitan DBP, 2006. | Lain-lain | 29.01.2008 |
USAHA-USAHA PEMBAKUAN BAHASA MELAYU | Konsep pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Usaha, atau proses tersebut ialah penetapan kod dan norma bahasa baik ejaan, istilah, tatabahasa, sebutan juga laras bahasa. Untuk lebih mendalami lagi rujuk buku Awang Sariyan - Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa, dan Warna & Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. | Lain-lain | 24.06.2010 |
usaha-usaha dbp dalam perancangan korpus bahasa | Saudara boleh membuat pembacaan, rujukan dan kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, merujuk buku Laporan Tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka atau menghubungi Bahagian Peristilahan, Perkamusan atau Penyelidikan. | Lain-lain | 26.07.2008 |
Apakah usaha-usaha dan kegiatan perancangan bahasa yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ke arah memantapkan perkembangan Bahasa Melayu? | Untuk perhatian pihak saudara/saudari, KNDBP tidak menyediakan perkhidmatan menyelesaikan tugasan pelajar. Walau bagaimana pun KNDBP mencadangkan saudara/saudari membuat rujukan ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Tingkat 3, Menara DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 13.04.2008 |
Saya ingin bertanyakan mengenai usaha-usaha oleh pelbagai pihak yang bersusah payah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957. Dan Apakah cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh bahasa melayu di dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan? | Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Jadi, setiap masyarakat perlulah mendokong bahasa rasmi ini dan digunakan secara meluas dalam sebarang urusan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, KeKKWa dan DBP telah menjalankan pelbagai program dan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Usaha ini masih diteruskan sehingga sekarang. | Lain-lain | 27.08.2007 |
Saya seorang pelajar yang menulis tentang Pendidikan Islam. saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf kecil dan besar dalam perkataan pendidikan islam dalam ayat-ayat berikut : 1. Pusat-pusat pendidikan islam 2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan islam. | Penggunaan huruf yang betul: 1. Pusat-pusat pendidikan Islam 2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan Islam | Ejaan | 19.07.2018 |
Apakah tugas kerja pembinaan sastera? | Assalamualaikum, saudara, Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa. Pembinaan korpus sastera melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif, karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera. Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti meningkatkan keterampilan penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan. bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi peniktirafan dari luar negara. . Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi menghidupkan suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni dalam kalangan penulis dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera. sekian, terima kasih. | Sastera | 16.03.2011 |
Apakah maksud "mendepani pertanian"? Saya terlihat slogan ini digunakan oleh salah sebuah institusi baru-baru ini. | Pada pandangan kami, frasa "mendepani pertanian" bermaksud usaha-usaha yang dilakukan bagi menyahut cabaran pertanian pada masa hadapan, termasuklah dalam bidang pendidikan, pembangunan dan penyelidikan, pemasaran dan pengantarabangsaan yang merangkumi pelajar, pensyarah, dan pemain industri sama ada peringkat tempatan mahu pun antarabangsa. Namun begitu, untuk mendapatkan penjelasan lanjut, tuan/puan dicadangkan menghubungi institusi yang dimaksudkan. | Lain-lain | 03.11.2015 |
Bagaimanakah sesebuah bahasa itu dapat dikembangkan melalui penggunaan bahasa melayu moden? | Sesebuah bahasa boleh dikembangkan melalui proses pemupukan bahasa yang bererti menumpukan perhatian pada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya istilah dalam bidang-bidang teknikal. Penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kedoktoran, sains angkasa lepas, kehakiman dan sebagainya juga membantu memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa. | Lain-lain | 24.08.2023 |