Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sa.ha] | اوسها

Definisi : daya upaya (ikhtiar, kegiatan, per-buatan, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu: rajin dan ~ adalah tangga kejayaan; sebelum Marsden, belum ada ~-~ utk menerbitkan teks dr naskhah Melayu lama secara ilmiah; badan ~ badan yg melaksanakan sesuatu (usaha) utk memperoleh hasil; ~ bersama pekerjaan yg dilakukan bersama; ~ campuran usaha oleh beberapa pihak yg tergabung; ~ kerajinan tangan pekerjaan tangan (spt membuat tikar, mengukir, dll); ~ niaga usaha atau kegiatan perniagaan; ~ perladangan (perlombongan) pekerjaan perladangan (perlombongan); berusaha bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menambah hasil pengeluaran getah; mengusahakan 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; perusahaan 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk membuat (meng-hasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~ batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan ber-niaga secara besar-besaran, pekerjaan yg dilaku-kan utk mencari keuntungan: oleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yg lebih besar; ~ berat perusahaan secara besar-besaran yg menghasilkan barang berat-berat spt bahan dasar utk perusahaan-perusahaan lain dll; ~ kecil perusahaan yg dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak memerlukan modal atau alat kelengkapan yg banyak dsb); pengusahaan perihal mengusahakan, pengerja-an, penyelenggaraan: ~ tanah; pengusaha 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat men­jual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sa.ha] | اوسها

Definisi : daya upaya atau ikhtiar utk mencapai sesuatu maksud: ~nya utk mendirikan surau itu disanjung tinggi oleh orang ramai. berusaha bekerja dgn giat; berikhtiar dgn sedaya upaya: Utk mencapai kemajuan, kita mestilah ~. mengusahakan 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. perusahaan 1 pekerjaan secara besar-besaran utk membuat atau utk mengeluarkan barang-barang spt kain, baju; industri: ~ gula. 2 pekerjaan berniaga secara besar-besaran: Ia sudah kaya sekarang kerana ~nya sangat maju. pengusahaan perbuatan atau hal mengusahakan sesuatu. pengusaha orang yg mengusahakan sesuatu badan perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,

Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum,
     lulus (= lalu) kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

 

Lihat selanjutnya...(38)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water conservationpemuliharaan airHidrologiTiadaUsaha-usaha yang dibuat untuk mengurangkan jumlah kegunaan air untuk sebarang tujuan, dan/atau melindungi air dari pencemaran.
business accomodationtempat perniagaanGeografiTiadaSebuah tempat di mana usaha-usaha perniagaan dilaksanakan.
business accomodationtempat perniagaanGeologiTiadaSebuah tempat di mana usaha-usaha perniagaan dilaksanakan.
public serviceperkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Satu institusi yang bertanggungjawab menguruskan segala kegiatan atau usaha pemerintah yang ada kaitannya dengan kepentingan orang ramai. Ia adalah sektor terpenting bagi melaksanakan usaha-usaha pembangunan untuk rakyat di samping memberikan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh golongan peniaga, usahawan dan sektor swasta. Matlamat utama perkhidmatan awam adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan, cekap, produktif dan mencakupi kehendak rakyat sebagaimana yang dihasratkan oleh pemerintah. Perkhidmatan awam ialah institusi yang berkecuali, bebas daripada pengaruh politik, memberikan khidmat kepada kerajaan yang memerintah dengan penuh taat setia tanpa mengambil kira fahaman atau ideologi kerajaan tersebut. Perkhidmatan awam amat perlu bagi memelihara kesejahteraan rakyat, mengawal keselamatan, keamanan dan mengurus pembangunan ekonomi. Pemerintah bertanggungjawab menggubal dasar dan peraturan tertentu manakala pelaksanaannya menjadi tanggungjawab perkhidmatan awam.

problem solvingpenyelesaian masalahPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang diambil untuk menamatkan sesuatu krisis, perbalahan, kerumitan atau persoalan. Usaha ini melibatkan pemikiran atau proses kognitif yang mendalam dan memerlukan penguasaan kemahiran tertentu. Usaha ini akan cuba mengenalpasti punca masalah, menjana dan menilai penyelesaian alternatif, memilih penyelesaian yang terbaik, melaksanakan penyelesaian yang dipilih dan menilai hasil. Biasanya penyelesaian masalah dalam sesebuah organisasi dibuat oleh pihak pengurusan atasan dengan kerjasama ahli organisasi tersebut. Penyelesaian masalah kini sudah mempunyai pelbagai teknik seperti introspection, behaviurisme, computer modeling, simulasi dan eksperimen. Dalam keadaan tertentu, kerjasama dari pihak luar organisasi diperlukan bagi penyelesaian sesuatu masalah, misalnya sistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan turut memerlukan sokongan daripada agensi lain untuk menyelesaikan sesuatu kesulitan.

crop-sharingbadhrEkonomiEkonomi IslamAkad usaha sama tanaman antara pemilik tanah dengan pengusaha. Akad ini juga dikenali sebagai perkongsian dalam sektor pertanian. Dalam usaha sama ini, pemilik tanah menyerahkan tanah kepada pengusaha untuk diusahakan dan kedua-dua pihak terlibat secara langsung dalam projek penanaman. Dalam usaha sama ini juga, benih tanaman disediakan oleh pemilik tanah. Keluaran tanaman dibahagikan mengikut persetujuan.
crop-sharingmukhabarahEkonomiEkonomi IslamAkad usaha sama tanaman antara pemilik tanah dengan pengusaha. Akad ini dikenali juga sebagai perkongsian dalam sektor pertanian. Dalam usaha sama ini, pemilik tanah menyerahkan tanah kepada pengusaha untuk diusahakan dan kedua-dua pihak terlibat secara langsung dalam projek penanaman. Dalam usaha sama ini juga, benih tanaman disediakan oleh pengusaha dan keluaran tanaman dibahagikan mengikut persetujuan.
commercialkomersialKomunikasiKorporatAktiviti yang berkait dengan usaha untuk memperdagangkan barangan dan perkhidmatan. Pengiklanan merupakan salah satu daripada usaha tersebut. Setiap bahan yang diiklankan akan dikenakan bayaran mengikut jumlah masa yang digunakan. Konsep komersial pada asalnya dikaitkan dengan setiap proses aktiviti penyiaran iklan yang perlu dikenakan bayaran. Selain itu, komersial dihubungkaitkan dengan usaha pemasaran barangan atau perkhidmatan dari syarikat atau organisasi swasta. Konsep komersial juga selalu dikaitkan dengan stesen penyiaran swasta yang berusaha untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual ruang masa siaran. Lihat juga iklan.
attempting to playusaha bermainSukanTiadaPerihal menampakkan usaha untuk cuba bermain.
الكسبlaba/usahaAgama IslamFiqhSesuatu keuntungan yang didapati daripada usaha seseorang.
12345678910...

Kembali ke atas