Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perusahaan (kegiatan, peng-hasilan, perniagaan, dll) yg diusahakan ber-sama oleh dua atau beberapa pengusaha (syarikat dll) sbg suatu perkongsian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perusahaan (perniagaan dsb) yg diusahakan oleh dua atau beberapa orang pengusaha dgn berkongsi modal dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,

Peribahasa

Lalu penjahit,
     lalu kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah BM bagi 'intrapreneurship'? Di dalam PRPM, istilah nya ialah 'usaha sama',tetapi apakah beza 'usaha sama' untuk 'intrapreneurship' dengan 'usaha sama' yang membawa maksud 'joint-venture'? Terima kasih.Berdasarkan Istilah Bahasa Melayu, Maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Setiap organisasi yang terbabit perlu bersetuju atas peratusan pemilikan hak perniagaan yang akan menentukan kadar pembahagian untung rugi operasi."Makna07.09.2022
ejaan yang betul usahasama atau usaha samaEjaan yang betul ialah usaha sama.Ejaan20.07.2012
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "usaha sama" dengan "kerjasama"? Terima kasihUsaha sama membawa maksud perusahaan (kegiatan, peng-hasilan, perniagaan, dll) yg diusahakan ber-sama oleh dua atau beberapa pengusaha (syarikat dll) sbg suatu perkongsian. Manakala, kerjasama membawa maksud 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama. kerjasama merupakan kata nama  bagi padanan bahasa Inggeris "collaboration". Manakala, usaha sama kata adjektif bagi padanan "collaborative"

Makna29.04.2015
Saya ingin bertanyakan istilah 'usaha sama'. Saya dapati ada ejaan 'usahasama' dan 'usahasama' dalam PRPM. Bolehkah tuan/puan terangkan apa makna setiap satunya dan apakah bezanya? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah 'usaha sama' dua perkataan yang membawa makna perusahaan (perniagaan dsb) yang diusahakan oleh dua atau beberapa orang pengusaha dengan berkongsi modal dan sebagainya. Dalam istilah sememangnya ada ejaan usahasama satu perkataan tetapi data tersebut merupakan data lama yang belum lagi dikemas kini.Ejaan05.10.2019
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ambil maklum bahawa menurut PRPM, maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Soalan saya, bagaimana jika kedua-dua perkataan 'intrapreneurship' dan 'joint-venture' berada sama satu ayat yang sama? Bagaimanakah kita boleh menterjemahkan kedua-kedua istilah tersebut? Jika boleh saya memberi cadangan, bolehkah saya cadangkan untuk istilah 'intrapreneurship' itu diterjemahkan sebagai 'pengkaryawan perusahaan', kerana pada hemat saya istilah ini merujuk kepada proses penginovasian tersebut yang dilakukan dalam organisasi/perusahaan yang sedia ada. Terima kasih.Waalaikumussalam puan ...
Jika puan mempunyai pendapat atau cadangan untuk memberikan terjemahan bagi perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Mohon puan membuat permohonan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/ agar pihak kami boleh meniliti terlebih dahulu padanan yang diberikan. Keprihatinan puan terhadap perkara ini, amat kami hargai.
Sekian terima kasih
Makna10.09.2022
joint-ventureusaha samaMakna16.04.2007
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "competing JVs" sesuai diterjemahkan kepada "JV bersaing" atau "JV-JV bersaing"? "JV"(Join venture) yang dimaksudkan adalah "usaha sama". Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Frasa "competing JVs" ialah ungkapan umum dan bukannya istilah. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pengguna mencari padanan yang sesuai bagi istilah yang belum ada dalam bahasa Melayu. Frasa yang lebih tepat ialah persaingan usaha sama.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2018
APAKAH BEZA PERKATAAN KOLABORASI DAN KOLABORATIFKolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.Makna25.11.2015
apakah perbezaan maksud istilah kolaborasi dengan kolaboratif. Perkataan manakah yang paling sesuai digunakan dalam makna kerjasamaKolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama.Makna18.04.2013
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami.Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat.  Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia.

Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami.
Tatabahasa31.03.2015
12345678910

Kembali ke atas