Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sa.ha.wan] | اوسهاون

Definisi : orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pem-bangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usahawan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Usahawan pemula atau usahawan-pemulaIstilah yang betul ialah "Usahawan pemula" Istilah23.05.2023
Salam, Kami di Seksyen Pembangunan Perniagaan & Pemasaran, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) mempunyai sebuah ruang pameran produk usahawan IKS yang diberi nama Galeri SDSI. Kini, kami ingin menukar nama galeri berkenaan kepada GALERI USAHAWAN atau GALERIA USAHAWAN. Mohon nasihat bagi penggunaan perkataan yang betul GALERI atau GALERIA. Sekian, terima kasih

Sdr. Zalazfian,

Dalam Kamus Dewan hanya terdapat perkataan galeri yang membawa makna bangunan atau bilik tempat mempamerkan sesuatu hasil dan tidak pula terdapat perkataan galeria. Jadi kami mencadangkan perkataan galeri digunakan. GALERI USAHAWAN 

Makna31.05.2010
Mohon sahkan penggunaan bahasa ini dan sekiranya salah mohon perbetulkan: 1. Program Agropreneur Muda 2. Anugerah Agropreneur Agrobank 2016 3. Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2016 4. Anugerah Usahawan Agrobank Cemerlang 2016 Terima KasihPenggunaan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Program Usahawan Tani Muda
 
2. Anugerah Usahawan Tani Agrobank 2016

3. Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2016
Istilah07.04.2016
Kebelakangan ini, guru sekolah saya telah mengikuti kursus Bahasa Melayu. Pensyarah kursus mengatakan bahawa: 1. Bapa Ali ialah seorang usahawan. ( Salah ) 2. Bapa Ali ialah usahawan. ( Betul ) 3. Bapa Ali seorang usahawan. ( Betul ) ** " ialah seorang" tidak boleh digunakan bersama. Adakah itu benar?

Perkataan ialah boleh digunakan bersama dengan seorang. Harap saudara dapat meminta penjelasan daripada pihak yang memberikan kursus tersebut.

Tatabahasa18.08.2010
Festival Usahawan Merdeka 2014Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain20.07.2014
usahawan wanita atau usahawanitausahawan wanitaIstilah01.08.2011
Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama agensi di bawahnya termasuk Jabatan Perikanan Malaysia telah menggunakan perkataan "Agropreneur" bagi maksud "Usahawan Tani". Jadi apakah kewajaran mengenai penggunaan terma ini?
Istilah "usahawan tani" merupakan istilah sasar bagi kata bahasa Inggeris 'agropreneur". Walaupun, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan agensi lain memilih untuk menggunakan kata bahasa asing tersebut, tidak dapat dinafikan kewujudan penggunaan kata bahasa Melayu "usahawan tani' dalam data korpus penggunaan masyarakat. Data korpus juga menunjukkan penggunaan kata "usahawan tani" lebih banyak digunakan berbanding kata "agropreneur" dalam teks bahasa Melayu pada ketika ini. Terdapat juga penggunaan kata ini yang telah didaftarkan dalam pertubuhan, skim, projek dan sebagainya. Oleh sebab itu, kata "usahawan tani" perlu dikekalkan dalam senarai istilah yang digubal, dan penggunaan kata ini adalah sangat digalakkan. Bahasa Jiwa Bangsa.
Istilah25.10.2023
Mohon unruk rujukan dan Pembetulan "USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERKHIDMAH TINGGI DAN BERMOTIVASI"USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERHEMAH TINGGI DAN BERMOTIVASILain-lain18.03.2019
INGIN MENGETAHUI MAKNA 'USAHAWAN' MENGIKUT TAKRIF DBP & PENGUNAAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan atau dikenali juga sebagai pengusaha. Berhubung penggunaannya dalam dunia perniagaan, saudara hendaklah merujuk buku-buku berkenaan bidang perniagaan.

Makna10.08.2009
apakah yang dimaksudkan dengan "etika keusahawanan"? kamus online hanya ada daftar istilah etika dan usahawan sahajaMenurut kamus Dewan, etika bermaksud  prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: manakala keusahawanan bermaksud (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: Oleh itu maksud etika keusahawanan ialah prinsip moral atau nilai akhlak usahawan.Makna02.05.2019
1234

Kembali ke atas