Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sa.ha.wan] | اوسهاون

Definisi : orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pem-bangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usahawan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KRUPP

Krupp ialah nama satu keluarga usahawan Jerman

yang terkenal. Firma Krupp berkembang menjadi

salah satu industri yang terbesar di dunia dalam

mengeluarkan senjata, keluli, dan jentera.

UMUM 
KAISER, HENRY JOHN

Kaiser, Henry John (1882–1967) ialah usahawan

Amerika, telah menarik perhatian semasa Perang

Dunia II (1939–1945) kerana kepantasannya

membina kapal.

UMUM 
SIEMENS

Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang

saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman.

Werner von Siemens (1816–1892) membina talian

telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah

lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina

landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan

membantu memasang kabel telegraf laut dalam

yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian

kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan

menambahbaikkan proses penyaduran elektrik.

Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan

oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan

landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir

di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman.

UMUM 
TAN KAH KEE

Tan Kah Kee (1874–1961), ahli perniagaan

Singapura, dan salah seorang usahawan, dermawan

dan pemimpin politik yang terkemuka di Asia

Tenggara. Dia menubuhkan beberapa buah sekolah

di Singapura dan selatan China.

UMUM 
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

ialah badan berkanun di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali

sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban

Development Authority. UDA berfungsi sebagai

pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun

semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) melalui pembangunan dan

penyusunan semula bandar.

UMUM 
TATA

Tata ialah nama sebuah keluarga ternama dalam

industri dan perdagangan di India.

Jeejibhoy Jamshedji Tata (1783–1859) ialah

usahawan utama. Dia lahir daripada keluarga Parsee

yang miskin di negeri Baroda yang beraja. Dia

mendapat kekayaan dalam bidang perniagaan

eksport kerana wawasan komersial dan kerja keras.

Dia juga yang memulakan tradisi keluarganya

sebagai penderma kerja amal.

UMUM 
AHMAD SEBI ABU BAKAR, DATO'AHMAD SEBI ABU BAKAR, Dato’ (1947-     ), penulis dan usahawan. Dia lahir pada 10 Jun 1947 di Permatang Bendahari, Seberang Perai, Pulau Pinang.SASTERAKonsep
TURINO DJUNAEDITURINO DJUNAEDI (1927 -    ), pengarah, produser, penulis skrip dan usahawan Indonesia.  Dia lahir pada 6 Jun 1927 di Padangtiji, Aceh, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Teuku Djuned.  Dia mendapat pendidikan awal di Hollandsh-Inlandsche School (HIS), kemudian berpindah ke Sekolah Lanjutan Perguruan (SLP) pada tahun 1942.  Turino pernah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Solo, Jawa, tetapi tidak tamat.  Dia juga pernah mengikuti kursus Sinematografi dan Produksi Filem di Tokyo pada tahun 1964.BUDAYATeori/Teorem/Hukum
BOSCH, CARL

Bosch, Carl (1874–1940) ialah ahli kimia dan

usahawan Jerman. Dia menjadi terkenal kerana

mencipta proses makmal eksperimen menjadi

kaedah pengeluaran komersial. Pada tahun 1910,

Fritz Haber mempaten kaedah membuat ammonia

daripada hidrogen atau nitrogen atmosfera.

Bosch menyesuaikan proses ini bagi penggunaan

industri. Dia juga membantu mengembangkan

secara komersial proses menghidrogenkan batu

arang dan minyak, yang ditemui oleh Friedrich

Bergius. Bosch dan Bergius berkongsi Hadiah

Nobel tahun 1931 untuk kimia.

UMUM 
HABIB HASAN SAYED AHMAD

HABIB HASAN SAYED AHMAD (1840-an-1932), usahawan dan dermawan. Dia lahir sekitar tahun 1840-an di Kampung Pulau Malana, Pahang. Bapanya, Sayed Ahmad bin Hassan al-Attas, seorang pedagang yang berasal dari Hadramaut, berpindah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 dan menetap di Pahang. Kemudian dia berkahwin dengan seorang gadis tempatan dan hasil daripada perkahwinan inilah lahir Habib Hasan sebagai anak lelaki tunggal mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas