Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sia] | اوسيا

Definisi : umur: sudah lanjut pula ~nya; Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok; ~ mental (Ubat) tahap kecerdasan seseorang ber-dasarkan peringkat umurnya (diketahui me-lalui ujian kecerdasan); berusia 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sia] | اوسيا

Definisi : lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); umur. berusia mempunyai usia; berumur: Ketika emaknya pergi ke Mekah, ia ~ enam tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usia
Rujuk :umur

Puisi
 

Nyiurlah muda dipolah pengat,
     Dimakan orang di pagi raya;
Badanlah muda jangan tak ingat,
     Usia belum orang dah binasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAMAN USIA KAPUR

Zaman Usia Kapur ialah tempoh dalam skala masa geologi sejarah bumi. Ahli sains percaya

bahawa Zaman Usia Kapur bermula 138 juta tahun dahulu.

UMUM 
DIET KUMPULAN LANJUT USIA

Diet kumpulan lanjut usia ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan tua atau lanjut usia.

PEMAKANANKaedah
PENTARIKHAN RADIOKARBONKaedah menentukan usia bahan yang mengandungi karbon berasaskan kadar pereputan karbon C-14 dalam bahan tersebut.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
DAMROSCH

Damrosch ialah nama keluarga bagi seorang

bapa dan anaknya yang menghabiskan usia mereka

untuk memperkenalkan orang Amerika

kepada muzik yang sebenar. Mereka berasal

daripada keluarga yang berbakat dalam muzik

Jerman.

UMUM 
KEMATIAN BAYI

Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan

bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum

mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar

kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang

meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu

bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini

mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota

masyarakat yang paling bergantung kepada orang

lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai

ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu

menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka,

membandingan kadar kematian bayi antara

negara atau komuniti yang berlainan ialah satu

cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu.

UMUM 
ELIZABETH II

Elizabeth II (1926– ) ialah ratu United

Kingdom dan ketua Negara-negara Komanwel.

Baginda menjadi ratu pada usia 25 tahun selepas

kemangkatan ayahandanya, George VI, pada 6 Februari

1952.

UMUM 
EDWARD V

Edward V (1470–1483), menggantikan

ayahandanya, Edward IV, sebagai raja England

pada bulan April 1483 pada usia 12 tahun.

UMUM 
SARGENT, JOHN SINGER

Sargent, John Singer (1856–1925), pelukis

Amerika yang membuat karya-karya utamanya di

Eropah. Dia menghabiskan sebahagian besar usia

dewasanya di England. Kini, hasil karyanya

dipamerkan di Tate Gallery, London, sebagai contoh

lukisan England pada akhir tahun 1800-an.

UMUM 
MENOPAUS

Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita

apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan

wanita mengalami tempoh haid yang terakhir

antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid

yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh

melahirkan anak semula jadi pada wanita.

Menopaus sering dikenali sebagai perubahan

hidup.

UMUM 
DES

DES ialah hormon seks sintetik yang digunakan

sebagai ubat. Ia mempunyai kandungan estrogen

semula jadi, sejenis hormon yang dihasilkan

oleh ovari wanita sewaktu usia subur. DES

ialah singkatan nama kimia hormon tersebut,

diethylstilbestrol.

UMUM 
1234

Kembali ke atas