Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.si/] | اوسيق

Definisi : 1. perbuatan mengganggu (mengacau) orang lain, gangguan: jangan peduli sangat ~ orang itu; 2. ark tidak tenang, bergerak-gerak, lasak; berusik dilakukan sesuatu padanya, diganggu, disentuh (dipegang, dijamah, dsb), dialihkan: hutan di Pantai Timur hampir tidak ~; mengusik 1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam; usik-mengusik saling mengusik antara satu sama lain: kami memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu; terusik 1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaan-nya mudah ~ apabila mendengar lagu itu; usikan 1. gangguan, ejekan, gurau senda: ia tidak peduli akan ~ dan gurau senda kawan-kawannya; 2. celaan, kritikan; pengusik orang yg (suka) mengusik, peng-ganggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.si/] | اوسيق

Definisi : ; mengusik 1 mengacau atau mengganggu seseorang; menggoda: Pemuda itu suka ~ anak dara orang. 2 mengganggu secara bermain-main: Pak Abu selalu ~ rakan-rakannya yg baru kahwin. 3 menyentuh sedikit; menjamah: Jangan biarkan kanak-kanak ~ lukisan yg dipamerkan itu. usikan 1 gangguan utk mengusik; ejekan; gurau senda. 2 sentuhan yg sedikit. pengusik orang yg suka mengusik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usik
Kata Terbitan : usikan, mengusik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah istilah "mengorat" akan dimasukkan ke dalam kamus Bahasa Malaysia?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "mengurat" yang bermaksud mengusik-usik perempuan (untuk memikat), mengganggu perempuan. Contoh ayat: Buruh-buruh yang ramai turun dari lori bersiul-siul mengurat Rokiah.
Makna19.11.2021
Apakah terjemahan "dash" dan "hyphen" ? Dalam bahasa Inggeris ada perbezaan antara kedua-duanya.Terjemahan bagi dash dan hyphen ialah tanda sempang/sengkang. Dalam bahasa Melayu yang berbeza ialah (tanda) sempang/sengkang dan tanda pisah.

Sengkang ialah tanda garis melintang yang lebih pendek daripada tanda pisah yang terdapat dalam kata ganda, untuk menghubungkan angka tahun dengan akhiran -an dsb, misalnya dalam perkataan usik-mengusik dan 1990-an;
Kata sinonimnya ialah sempang; tanda sempang; tanda sengkang;

Tanda pisah ialah tanda (–) yang panjangnya satu en yg digunakan untuk memisahkan keterangan sesuatu idea, aliran fikiran penulis dsb, atau menggantikan perkataan hingga.
Contoh penggunaannya ialah:
1. Novel yang dibacanya itu meninggalkan pelbagai kesan pd dirinya – sedih, gembira, marah, kesal.
2. Jun – Oktober;

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca.

Lain-lain10.09.2023
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa24.05.2010
penerangan mengenai pola keselarasan huruf vokal?

Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa13.02.2010
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Istilah07.04.2009
Pihak DBP yang dihormati, kuih ialah ejaan baharu bagi kueh. bolehkah saya mendapatkan penjelasan mengapakah ejaannya tidak seperti sebutannya iaitu 'kueh'? Terima kasih DBP

Ejaan kuih dieja mengikut sistem ejaan Rumi sekarang. Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama seperti yang berikut:

 1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman. 

Ejaan21.05.2010
Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes

Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.   Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya.

Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14).

Tatabahasa23.01.2013

Kembali ke atas