Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[us.kup] | اوسکوڤ

Definisi : paderi Kristian yg mengawasi sesuatu kawasan, wali gereja; ~ besar (agung) ketua dr segala paderi, paderi besar; keuskupan kawasan pegangan uskup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata uskup


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bishopbiskop/ uskupSejarahTiadaBiskop/Uskup: Paderi yang berkedudukan dan mempunyai kuasa tertinggi, yang menguruskan atau menyelenggarakan kerja-kerja gereja.
primateprimat; ketua uskupSejarahTiada2. Ketua uskup: Orang yang memegang jawatan tertinggi dalam suatu perjawatan paderi agama Kristian.
cathedralkatedralKesenianHiasan DalamanGereja besar tempat beribadat dan kegiatan keagamaan bagi penganut agama Kristian. Di dalamnya terdapat tempat khusus bagi ketua gereja, iaitu uskup. Dalam gereja Ortodoks Yunani terdapat tempat suci yang digunakan untuk uskup agung duduk, yang dikenali sebagai kathedrikos naos. Katedral berasal daripada bahasa Latin cathedra yang bermaksud tempat duduk.
primateprimat; ketua uskupGeografiTiadaTiada
primateprimat; ketua uskupVeterinarTiadaTiada
primateprimat; ketua uskupPerubatanTiadaTiada
Bishop's ringgelang UskupGeologiTiadaKorona yang kelam, lebar dan berwarna coklat kemerahan yang sekali-sekala terlihat di awan debu, terutamanya yang dihasilkan dari letusan volkano yang kuat.
tracttractKesusasteraanTiadaRisalah, esei, karangan ringkas, atau yang seumpamanya yang berlegar tentang politik atau agama yang biasanya bersifat kontroversial dan menimbulkan pertentangan pendapat. Contoh tract terkenal ialah Marprelate Tracts yang merupakan serangan ke atas golongan uskup dan pembelaan tatatertib Presbyterian. Contoh lain ditemui dalam Tracts for the Times (1833-41), iaitu penulisan yang diusahakan oleh cardinal Newman, Keble, R. H. Froude dan Pusey untuk mengembalikan beberapa doktrin gereja. Contoh dalam persuratan Melayu ditemui dalam Hujjat al-Siddiq lii-Daf�al-Zindiq (Bukti Orang yang Jujur Demi Mempertahankan Sanggahan terhadap Golongan Zindiq) oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menentang doktrin Wahdat al-Wujud yang dianuti oleh Hamzah Fansuri. Tract berasal daripada bahasa Latin bermaksud �menangani� atau �mengendalikan�.

Kembali ke atas