Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[us.rah] | اسره

Definisi : Ar perkumpulan yg melibatkan kegiatan agama spt perbincangan tentang sesuatu tajuk agama, dsb: di kilang ini segala keperluan spt kenderaan utk mengikuti kuliah, ~, dan mendengar ceramah telah disediakan; berusrah mengikuti, mengadakan atau me-nyertai usrah: manusia dikatakan akan lebih matang dan berwibawa jika rajin berbincang dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[us.rah] | اسره

Definisi : perkumpulan yg melibatkan kegiatan agama, spt perbincangan ttg sesuatu tajuk: Setiap minggu mereka mengadakan ~. berusrah mengadakan atau menghadiri usrah: Dia menjadi tenang dan tenteram setelah sering ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usrah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan usrahusrah Ar perkumpulan yg melibatkan kegiatan agama spt perbincangan tentang sesuatu tajuk agama, dsb: di kilang ini segala keperluan spt kenderaan utk mengikuti kuliah, ~, dan mendengar ceramah telah disediakan.Tatabahasa07.08.2007
Salam, Saya telah menulis buku yang berjudul Tip dan Trik Usrah. Mohon pandangan dan nasihat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia berhubung penggunaan kalimah "trik" dalam konteks budaya dan kesesuaian bahasa. Apakah trik itu dikaitkan dengan konotasi negatif sekiranya disandarkan kepada perkara baik. Sebagai contoh Trik Usrah. Mohon pandangan pihak Tuan/Puan Terima kasih.Dalam Kamus Dewan tip bermaksud petua, manakala trik bermaksud teknik atau membuat sesuatu dengan cepat dan betul. Trik dalam bahasa percakapan bermaksud helah dan dalam penggunaan harian penggunaan trik lebih banyak menggambarkan maksud tersebut. Oleh itu, dalam hal menamakan buku kami cadangkan pihak tuan menggunakan nama lain yang lebih tepat dan santun seperti Panduan Mendekati Usrah.Tatabahasa03.07.2012
Salam. Berkenaan perkataan "USRAH" dan "TARBIAH" 1) Bilakah ia mula dimasukkan kedalam kamus dewan? (Edisi berapa?, tahun bila?) 2) Kenapakah Istiah ini dimasukkan ke dalam bahasa melayu? siapakah yang bertanggungjawab dalam urusan ini? 3)apakah kriteria dan syarat sesuatu perkataan itu diambil untuk dimasukkan kedalam kamus dewan? Terima kasih1. Perkataan Tarbiah telah dimasukkan dalam Kamus Dewan, Edisi Pertama, 1970. Perkataan usrah dimasukkan dalam Kamus Dewan, Edisi Kedua, 1984.
2 & 3. Antara fungsi kamus ialah merakamkan perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Kamus disusun oleh Ketua Editor dan sekumpulan pakar dan pegawai Bahagian Perkamusan, DBP. Kamus Dewan Edisi Pertama diketuai Teuku Iskandar dan Kamus Dewan Edisi Kedua diketuai Sheikh Othman bin Sheikh Salim.
Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Perkamusan DBP, Dr. Fadilah Jasmani di alamat fadilah@dbp.gov.my atau 03-21479000.
Makna24.03.2014
Salam tuan/puan. Saya mengalami masalah dalam memberi penerangan berkaitan penggunaan kata hubung berpasangan : 1. Sungguhpun …tetapi 2. Walaupun…namun Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan kata hubung berpasangan ini. Harap tunjuk ajar dan maklum balas .Terima kasih

Tatabahasa Dewan tidak menerima  kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Kata hubung yang berpasangan digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih seperti lebih baik … daripada, apakah … ataupun, adakah … atau (pun), sama ada … atau, dan sebagainya.

Kata hubung walaupun dan sungguhpun lazimnya diikuti dengan tanda koma seperti yang berikut:
  1. Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu.
  2. Sungguhpun letih, pemain handal itu terus bermain juga. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 254.

Tatabahasa29.08.2021

Kembali ke atas