Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[us.ta.zah] | استاذه

Definisi : Ar guru agama (perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[us.ta.zah] | استاذه

Definisi : guru agama (perempuan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ustazah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. saya ingin tahu bagaimana menulis singkatan bagi perkataan berikut ; 1.ustaz 2.ustazah 3.cikgu Sekian terima kasihSingkatan ejaan bagi ustaz dan ustazah ialah us .dan utzh., manakala cikgu lazimnya ditulis penuh.Ejaan07.08.2015
Salam, saya sedang membuat buku kerja BM Tahun 4 yang terbaharu. Apakah contoh kata nama khas gelaran dan panggilan yang boleh disenaraikan?Adakah gelaran dan panggilan seperti putera, puteri, ustaz, ustazah, haji, hajah, sultan/raja, permaisuri/ratu, saudara, saudari sesuai digunakan? Terima kasih.Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Untuk makluman puan, putera, puteru, ustaz, ustazah dan sebagainya yang dinyatakan bukan terdiri daripada kata nama khas tetapi nama gelaran dan panggilan.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 97.
Tatabahasa21.11.2013
Saya ingin tumpang tanya jika perkataan, "asatizah" wujud dalam Bahasa Melayu dan jika wujud, apakah maksud perkataan tersebut.Perkataan tersebut berasal daripada istilah bahasa Arab. Ia merupakan kata jamak bagi perkataan ustaz dan ustazah.Istilah21.08.2006
1) Apakah kata ganti nama diri yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?kamu atau kalian? "Saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ______________ akan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," kata Cikgu Mohamad kepada pelajar-pelajarnya. 2) Apakah perumpamaan yang sesuai bagi pernyataan di bawah? Seperti cincin dengan permata atau seperti isi dengan kuku? Pasangan suami isteri iaitu Cikgu Hamdi dan Ustazah Zarifah boleh dianggap sebagai pasangan yang sangat secocok kerana semenjak mendirikan rumah tangga sepuluh tahun yang lalu, mereka hidup rukun damai dan tidah berselisih faham.1. Kalian lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan yang bermaksud kamu. Oleh itu, kata ganti nama yang baku ialah kamu.
2. Peribahasa yang sesuai ialah seperti cincin dengan permata.
Tatabahasa05.06.2013

Kembali ke atas