Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : 1. mula, asal mula, asal; bangsawan ~ bangsawan yg diwarisi (drpd nenek moyang); 2. yg semula (sejati), yg asli: ditanggalkan-nya baju panjang yg dipakainya itu, maka nampaklah ~ tubuhnya; 3. ki sifat yg semula, kelakuan, perangai, tabiat; ~ asal = asal ~ asal keturunan, salasilah; ~ bangsawan (budiman) yg bersifat bangsawan (budiman); ~ fikiran pokok (isi, asas) fikiran; ~ menunjukkan asal prb perangai menunjuk-kan bangsa (darjat); ~ ~, asal asal, asal jangan ditinggalkan prb dlm mengerjakan sesuatu patutlah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan; berusul bermula (dr), berasal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : ; ~ periksa penyelidikan yg cermat, soalan utk mengetahui (menyelidiki) sesuatu: dgn tidak ~ periksa, ia mempercayainya; mengusul, mengusuli memeriksai (dgn cermat), mengusut, menyelidiki; pengusulan perihal mengusul (dgn hati-hati), pemeriksaan, penyelidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : 1 asal mula; asal. 2 yg asli atau yg sejati. ~ asal, = asal ~ asal keturunan. ~ fikiran pokok atau asas fikiran. berusul bermula dr; berasal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : fikiran atau pendapat yg di­kemukakan utk dipertimbangkan dll; cadangan; anjuran. mengusulkan mengemukakan sesuatu pendapat utk disetujui dll; menganjurkan; mencadangkan. pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul; pencadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : ; ~ periksa pemeriksaan yg teliti atau cermat: Tanpa ~ periksa lagi, ia menuduh orang itu mencuri duitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Mohon penjelasan tentang membahaskan dan memperbahaskanW'salam.
1. Membahaskan: 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;

2. Memperbahaskan:  menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti.

Sekian, terima kasih
Makna06.08.2016
Rujukan saya: SK3/22/5/2018 1. Perkataan nyah. Boleh tak perkataan nyah ditambah imbuhan selain daripada yang diketahui dan perkataan yang digunakan secara meluas. Cth. Dinyahsahkan. Penyahgunaan. 2. Ada tak istilah khas untuk "usul yang dah diluluskan". Satu atau 2 perkataan pendek. 3. perbahasan tentang usul-usul lulus pada mesyuarat lepas << adakah betul ayat ni? “usul lulus” boleh tak pakai? 4.Adakah semua perkataan boleh ditambah imbuhan? Semua jenis imbuhan maksud saya. Spt pendelegasian. Mendelegasikan. Di dalam buku apakah boleh saya menemukan formula/kaedah dalam menentukan boleh atau tidak imbuhan ditambah dalam mana-mana perkataan.1. Secara umumnya, setiap perkataan baharu boleh diwujudkan dengan syarat betul dari segi morfologi. Sekiranya pihak tuan ada perkataan baharu boleh dicadangkan kepada DBP dan pihak DBP akan mengesahkan penggunaan perkataan tersebut secara rasmi.

2. Usul diluluskan.

3. Perbahasan tentang usul yang diluluskan.

4. Boleh. Perkataan "Pendelegasian" digunakan oleh pihak Indonesia, Malaysia mencadangkan "perwakilan". Tuan boleh rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mempelajari pembetukan kata terbitan.

Lain-lain22.05.2018
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kaliEjaan yang betul ialah:
1. asal usul 
2. sosioekonomi 
3. temu ramah, menemu ramah 
4. temu bual
5. barangkali
Ejaan04.08.2014
asal usul bahasa melayu kuno asal usul bahasa melayu klasik asal usul bahasa melayu moden

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Lain-lain03.03.2009
Mana satu ayat yang betul. "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan Cikgu Amran kepada murid-muridnya. atau "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan cikgu Amran kepada murid-muridnya.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah sama. Untuk makluman, ayat yang diberikan adalah betul. Walau bagaimanapun, ejaan yang betul ialah asal usul bukan asal-usul.Tatabahasa09.11.2013
Asal usul perkataan kenangan sbb ni baru pertama kalinya saya tahu terjemahan untuk seniority ialah kekananan, hehe terima kasihKekananan bermaksud kedudukan atau taraf yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan atau taraf orang atau jawatan lain dalam struktur pentadbiran dan sebagainya.Makna27.05.2022
Asal usul perkataan kekananan sbb ni baru pertama kalinya saya tahu terjemahan untuk seniority ialah kekananan, hehe terima kasihKekananan bermaksud kedudukan atau taraf yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan atau taraf orang atau jawatan lain dalam struktur pentadbiran dan sebagainya.Makna27.05.2022
Asal - usul (etimologi) istilah gelemaca dan gelemair. Adakah ia singkatan dua perkataan, hasil pembinaan istilah DBP atau memang wujud dalam kosa kata Melayu sejak sekian lama?Tidak ada maklumat tentang etimologi kata lebih-lebih lagi istilah dalam pangkalan data kami. Melalui rujukan kami juga tidak ada perkataan gele atau gelem untuk membuktikan kata ini dibina daripada dua kata berasingan. Jika tuan berminat untuk membuat kajian, sila berhubung terus dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Istilah15.03.2018
asal usul bahasa melayu, bahasa melayu kuno & klasikSila buat ruujukan di perpustakaan berhampiran atau Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Harap maklum.Lain-lain04.06.2008
asal-usul bahasa melayu,ciri-ciri serta fungsinya?Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu abad ke 16 Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1991 2. Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And Culture Siti Rosnah Haji Ahmad Golden Book Centre Sdn. Bhd. 2001 . 3. Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat Collins, James T Yayasan Obor Indonesia 2005 . 4. Bahasa Melayu Sedekat Lalu Prof.Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Dewan Bahasa dan Pustaka 2004Lain-lain13.09.2007
12345678910...

Kembali ke atas