Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : 1. mula, asal mula, asal; bangsawan ~ bangsawan yg diwarisi (drpd nenek moyang); 2. yg semula (sejati), yg asli: ditanggalkan-nya baju panjang yg dipakainya itu, maka nampaklah ~ tubuhnya; 3. ki sifat yg semula, kelakuan, perangai, tabiat; ~ asal = asal ~ asal keturunan, salasilah; ~ bangsawan (budiman) yg bersifat bangsawan (budiman); ~ fikiran pokok (isi, asas) fikiran; ~ menunjukkan asal prb perangai menunjuk-kan bangsa (darjat); ~ ~, asal asal, asal jangan ditinggalkan prb dlm mengerjakan sesuatu patutlah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan; berusul bermula (dr), berasal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : ; ~ periksa penyelidikan yg cermat, soalan utk mengetahui (menyelidiki) sesuatu: dgn tidak ~ periksa, ia mempercayainya; mengusul, mengusuli memeriksai (dgn cermat), mengusut, menyelidiki; pengusulan perihal mengusul (dgn hati-hati), pemeriksaan, penyelidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : 1 asal mula; asal. 2 yg asli atau yg sejati. ~ asal, = asal ~ asal keturunan. ~ fikiran pokok atau asas fikiran. berusul bermula dr; berasal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : fikiran atau pendapat yg di­kemukakan utk dipertimbangkan dll; cadangan; anjuran. mengusulkan mengemukakan sesuatu pendapat utk disetujui dll; menganjurkan; mencadangkan. pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul; pencadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : ; ~ periksa pemeriksaan yg teliti atau cermat: Tanpa ~ periksa lagi, ia menuduh orang itu mencuri duitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
กระทุ ้ ง [kratu] ก menjolok: เขา กระทุ ้ งมะพร ้ าวแก ่ ด ้ วยไม ้ สอย Dia menjolok kelapa tua itu dengan galah. กระทู ้ [kratu:] น 1 usul, tajuk, pokok perbicaraan: กระทู ้ เหล ่ าน ั ้ นได ้ มีการพิจารณา ก ั นเมื่ อส ั ปดาห ์ ที่ แล ้ ว Usul itu telah dibica­ ra­kan pada minggu yang lepas. 2 soa- lan parlimen: ร ั ฐมนตรีกำล ั งตอบกระทู ้ ที่ ยื่ น โดยฝ่ายค ้ าน Menteri sedang menjawab soalan parlimen
Kamus Thai 2.indb
majikan untuk me­naikkan gaji dapat meredakan ke- marahan para pekerja itu. บรรพบุรุษ [banpaburut] น nenek moyang, leluhur: เขาไม ่ รู ้ รากเหง ้ าบรรพบุรุษ ของเขา Dia tidak tahu asal usul nenek moyangnya. บรรพชา [banpaca:] ก menjadi sami budak: ปรีชาบรรพชาเป็นสามเณรระหว ่ างปิด ภาคเรียน Preecha menjadi sami budak semasa cuti sekolah. บรรพชิต [banpacit] น sami บรรยากาศ [banya:ka:t] น 1 suasana
Kamus Thai 2.indb
se­ latan Thailand. ญาติ [ya:t] น saudara-mara, sanak saudara ญี่ปุ ่ น [yi  :pun] น Jepun ญ ญวน [yu:an] น Vietnam ญัตติ [yatti  ] น usul: สมาชิกสภา ผู ้ แทนราษฎรเสนอญัตติเรียกร ้ องให ้ รัฐบาล ฟื้ นฟูความสงบสุขในภาคใต ้ Wakil rakyat memba­wa usul mendesak kerajaan ญวน ญี ่ ปุ ่ น Kamus Thai 2.indb 145 4/15/2008 11:06:12 AM 3 ค 146 ฎ ฎีกา [di:ka:] น 1 rayuan

Kembali ke atas