Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : 1. mula, asal mula, asal; bangsawan ~ bangsawan yg diwarisi (drpd nenek moyang); 2. yg semula (sejati), yg asli: ditanggalkan-nya baju panjang yg dipakainya itu, maka nampaklah ~ tubuhnya; 3. ki sifat yg semula, kelakuan, perangai, tabiat; ~ asal = asal ~ asal keturunan, salasilah; ~ bangsawan (budiman) yg bersifat bangsawan (budiman); ~ fikiran pokok (isi, asas) fikiran; ~ menunjukkan asal prb perangai menunjuk-kan bangsa (darjat); ~ ~, asal asal, asal jangan ditinggalkan prb dlm mengerjakan sesuatu patutlah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan; berusul bermula (dr), berasal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : ; ~ periksa penyelidikan yg cermat, soalan utk mengetahui (menyelidiki) sesuatu: dgn tidak ~ periksa, ia mempercayainya; mengusul, mengusuli memeriksai (dgn cermat), mengusut, menyelidiki; pengusulan perihal mengusul (dgn hati-hati), pemeriksaan, penyelidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : 1 asal mula; asal. 2 yg asli atau yg sejati. ~ asal, = asal ~ asal keturunan. ~ fikiran pokok atau asas fikiran. berusul bermula dr; berasal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : fikiran atau pendapat yg di­kemukakan utk dipertimbangkan dll; cadangan; anjuran. mengusulkan mengemukakan sesuatu pendapat utk disetujui dll; menganjurkan; mencadangkan. pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul; pencadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.sul]/[u.sul] | اصول

Definisi : ; ~ periksa pemeriksaan yg teliti atau cermat: Tanpa ~ periksa lagi, ia menuduh orang itu mencuri duitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
usulusulMuzikTiada

Sistem mod irama dalam muzik Turki. Sistem mod usul sama dengan sistem iqa'at di Arab, iga'at di Iran, durub di Mesh dan mazim di Maghribi. Sistem mod ini merangkumi meter, rentak, dinamik, tempo dan timbre. Lihat juga iga'at, durub, mazim.

cerita asal-usulcerita asal-usulKesusasteraanTiadaCerita rakyat yang mengisahkan tentang asal usul alam semulajadi dan perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia.
etimological talescerita etimologisKesusasteraanTiadaCerita yang menceritakan asal usul sesuatu kejadian, sifat, peristiwa dll. Contoh: Asal usul Beruang Berekor Pendek, Asal Usul Majapahit, Asal Usul Melaka dll.
purificmurni/nirmalaKesusasteraanTiadaSebuah cerita yang tidak mengandungi unsur-unsur asing di dalamnya. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Negeri Pasai.
usul haqiqahaset benarPerniagaan IslamTiadaHarta yang bernilai dan mempunyai sifat fizikal seperti tanah, bangunan atau barang dagangan.
usul ma‘nawiyyahaset maknawiPerniagaan IslamTiadaHarta bernilai yang dapat diambil faedahnya seperti kenderaan atau bilik hotel yang disewakan, dan mesin atau bangunan yang dipajakkan. Pihak yang menyewa disifatkan mempunyai aset maknawi sedangkan aset benar dimiliki oleh pemilik aset.
place name legendslegenda nama tempatKesusasteraanTiadaCerita yang mengisahkan sesuatu tempat secara mencampuradukkan fakta sejarah dan mitos. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Melaka
subsidiary motionusul khususUndang-undangTiadaSesuatu usul yang dikemukakan hanya untuk maksud tertentu.
usul mliyahaset kewanganPerniagaan IslamTiadaHarta bernilai yang disandarkan kepada aset benar seperti sijil saham, sekuriti pelaburan atau sekuriti hutang. Usul mliyah sah untuk dijual beli.
etiologyetiologiKesusasteraanTiadaKajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung.
12345678910...

Kembali ke atas