Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sus] | اوسوس

Definisi : tali perut (dr perut hingga ke pelepasan), perut muda; panjang ~ bp, ki sabar; ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan (sbg najis), perut tua; ~ buntu bahagian tali perut (pd tempat pertemuan usus besar dan usus kecil) yg berbentuk pundi-pundi atau kantung; ~ kecil bahagian tali perut (di antara perut dgn usus besar) yg meng­hadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm badan, perut muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sus] | اوسوس

Definisi : tali perut yg berupa pembuluh panjang berlingkar-lingkar. ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan sbg najis; perut tua. ~ buntu bahagian tali perut tempat pertemuan usus kecil dgn usus besar. ~ kecil bahagian tali perut yg menghadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm darah; perut muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usus


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
usus kecilsmall intestineBahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna.Menengah Rendah
usus besarlarge intestineBahagian salur pencernaan di antara sekum dengan rektum. Fungsi utamanya ialah menyerap air dari hampas makanan dan membentuk tinja.Menengah Rendah
ususintestineBahagian salur makanan yang terdapat di antara perut dengan dubur.Sekolah Rendah
usus kecilsmall intestineUsus yang berfungsi untuk menghadamkan makanan dan menyerap zat-zat makanan ke dalam darah.Sekolah Rendah
usus besarlarge intestineUsus yang berfungsi untuk menyalurkan sisa-sisa makanan untuk dikeluarkan sebagai najis. Lihat RajahSekolah Rendah
jus ususintestinal juiceCecair yang dirembeskan dalam usus kecil yang mengandungi enzim pencernaan seperti maltase, protease dan lipase.Menengah Rendah
perutstomachOrgan pencernaan yang terletak di antara esofagus dengan usus. Perut berfungsi mencerna makanan dan menyimpan makanan buat sementara waktu sebelum dihantar ke usus kecil.Menengah Rendah
jejunumjejunumBahagian usus kecil mamalia yang terletak di antara duodenum dengan ileum. Penyerapan hasil pencernaan banyak berlaku di bahagian ini.Menengah Atas
rektumrectumBahagian terakhir usus besar yang berfungsi untuk menyimpan tinja.Menengah Rendah
duodenumduodenumBahagian pertama usus kecil yang terletak di antara perut dengan jejunum, berbentuk ladam dan terlibat secara aktif dalam pencernaan makanan.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas