Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sus] | اوسوس

Definisi : tali perut (dr perut hingga ke pelepasan), perut muda; panjang ~ bp, ki sabar; ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan (sbg najis), perut tua; ~ buntu bahagian tali perut (pd tempat pertemuan usus besar dan usus kecil) yg berbentuk pundi-pundi atau kantung; ~ kecil bahagian tali perut (di antara perut dgn usus besar) yg meng­hadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm badan, perut muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sus] | اوسوس

Definisi : tali perut yg berupa pembuluh panjang berlingkar-lingkar. ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan sbg najis; perut tua. ~ buntu bahagian tali perut tempat pertemuan usus kecil dgn usus besar. ~ kecil bahagian tali perut yg menghadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm darah; perut muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mesenteronmesenteronPerubatanTiadaUsus tengah, iaitu kawasan tengah usus embrio terletak di antara usus depan dan usus belakang.
bulk laxativelaksatif pukalFarmasiFarmakologiAgen yang menyebabkan pengosongan usus besar melalui peningkatan kandungan kolon yang merangsang refleks peristaltik defekasi. Agen ini bersifat hidrofilik dan tidak tercema serta menyerap air, dan menyebabkannya mengembang di dalam usus. Pengembangan usus seterusnya merangsang pembuangan air besar. Contoh agen ini ialah gel terbitan selulosa dan laktulosa.
chymotrypsinkimotripsinVeterinarPraklinikalEndopeptidase yang dihasilkan melalui pengaktifan kimotripsinogen yang dirembeskan oleh pankreas. Kimotripsin dibawa dalam bendalir pankreas melalui duktus pankreas hingga ke usus. Dalam usus; kimotripsin memangkin hidrolisis ikatan peptida yang melibatkan L-isomer tirosina; fenilalanina dan triptofan. Kimotripsin juga bertindak balas terhadap amida dan beberapa ester asid amino.
intimaintimaBiologiEntomologi1. Garisan sebelah dalam usus depan dan usus belakang pada serangga yang berselanjar dengan kutikel dinding badan. 2. Garisan membran trakea pada sistem trakea. endotrakea.
alimentary tracttrakus alimentariVeterinarPraklinikalSaluran makanan yang bermula dari mulut hingga ke anus. Trakus ini bermula dari mulut; farinks atau tekak; esofagus; perut; usus kecil; usus besar dan berakhir di anus. Makanan yang melalui trakus alimentari dicerna untuk serapan ke dalam edaran. Hasil sampingan pencernaan dikumuh sebagai tinja melalui anus.
ileocaecal valveinjap ileosekumPerubatanTiadaInjap pada persimpangan usus kecil dan usus besar, untuk mencegah aliran balik makanan daripada kolon dan sekum ke ileum.
large intestineusus besarGerontologiTiadaBahagian saluran pencernaan yang bermula daripada ileum usus kecil sampai ke anus. Usus besar terbahagi kepada sekum, kolon, rektum dan terusan anus.
intestinal flatulenceflatulens ususPerubatanTiadaKehadiran jumlah gas atau udara yang berlebihan di dalam usus, yang menyebabkan pengembungan pada usus tersebut.
enterogasteroneenterogasteronBiologiFisiologiHormon usus yang dihasilkan oleh mukus usus dan dibebaskan ke dalam darah apabila sebatian lemak melalui usus duodenum, hormon ini menghalang pengeluaran jus gastrik dan pergerakan otot perut.
gastro intestinal tractsaluran gastroususMakanan dan PemakananPemakananSiri organ dan struktur bersambungan yang penting dalam proses penghadaman makanan dan penyerapan nutrien. Saluran gastrousus terdiri daripada mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan anus.
12345678910...

Kembali ke atas