Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian tali perut (di antara perut dgn usus besar) yg mengĀ­hadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm badan, perut muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian tali perut yg menghadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm darah; perut muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
usus kecilsmall intestineBahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna.Menengah Rendah
jejunumjejunumBahagian usus kecil mamalia yang terletak di antara duodenum dengan ileum. Penyerapan hasil pencernaan banyak berlaku di bahagian ini.Menengah Atas
duodenumduodenumBahagian pertama usus kecil yang terletak di antara perut dengan jejunum, berbentuk ladam dan terlibat secara aktif dalam pencernaan makanan.Menengah Rendah
ileumileumBahagian distal usus kecil, iaitu dari jejunum ke sekum. Lihat RajahMenengah Atas
duodenumduodenumBahagian pertama usus kecil vertebrata, salah satu tempat pencernaan makanan yang menerima cairan dari pundi hempedu serta pankreas.Menengah Atas
vilusvillusUnjuran halus pada lapisan dalam usus kecil yang berfungsi menambah luas permukaan bagi penyerapan makanan tercerna.Menengah Rendah
lakteallactealSalur limfa yang terdapat dalam vilus usus kecil vertebrata.Menengah Atas
lipaselipaseEnzim yang dihasilkan oleh pankreas dan kelenjar-kelenjar usus kecil yang berfungsi menguraikan lemak kepada gliserol dan asid lemak.Menengah Rendah
jus pencernaandigestive juiceJus yang dirembeskan oleh pelbagai kelenjar usus kecil yang mengandungi berbagai-bagai enzim, seperti enterokinase, sukrase, laktase, maltase, dan amilase.Menengah Atas
usus kecilsmall intestineUsus yang berfungsi untuk menghadamkan makanan dan menyerap zat-zat makanan ke dalam darah.Sekolah Rendah
12

Kembali ke atas