Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian tali perut (di antara perut dgn usus besar) yg meng­hadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm badan, perut muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian tali perut yg menghadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm darah; perut muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERUT

Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur

alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan

usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan

kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak

pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan

(haiwan yang mengunyah mamahannya), perut

mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada

perut manusia (lihat Ruminan ).

UMUM 
SEMBELITSembelit ialah keadaan apabila usus tidak

membuang bahan sisa semudah biasa.

Orang yang sembelit tidak dapat membuang air

besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit

atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin

berasa pening kepala dan sakit tulang belakang.

Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang

lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak

tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila

seseorang sering mengambil julap atau tidak

mengambil jenis makanan tertentu secukupnya,

terutama makanan yang mengandungi serat.

Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu

atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang

menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil.

UMUM 
SALUR ALIMENTARI

Salur alimentari ialah tiub panjang yang

menyalurkan makanan ke dalam tubuh dan

dihadam. Pada manusia, tiub ini kira-kira 9 meter

panjangnya. Haiwan yang memakan daging

biasanya mempunyai salur alimentari yang lebih

pendek daripada haiwan yang memakan rumput.

Salur alimentari bermula di mulut dan termasuk

farinks, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar.

UMUM 

Kembali ke atas