Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tas] | اوتس

Definisi : 1. tali utk merangkaikan (manik, buah tasbih, dll), tali perangkai; 2. penjodoh bilangan utk benda yg berurai (spt benang, tali, rantai, dll): di lehernya tergantung se~ rantai suasa; berutas; ~ permata bergantungan dgn per-mata, beruntai permata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tas] | اوتس

Definisi : ark pandai, tukang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tas] | اوتس

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda yg berangkaian, spt rantai. 2 tali utk merangkaikan manik, buah tasbih dll; tali perangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata utas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALI PINTAL

Tali pintal ialah kord yang tahan lasak yang

diperbuat daripada utas serat daun yang kuat,

selalunya daripada pokok sisal atau henekuen .

Utas ini dicampur dengan abaka untuk membuat

gentian manila. Tali pintal dibuat dengan menarik

serat hingga menjadi sliver, yang akan disikat dan

dipintal menjadi tali. Tali adalah lebih halus

daripada kord dan lebih tebal daripada benang.

Lihat juga Abaka; Sisal.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
TEMPUA

Tempua ialah sejenis burung yang pandai

menyanyi yang terdapat di kawasan tropika di

China, India, Malaysia, dan Filipina. Ia mendapat

namanya tailorbird dalam bahasa Inggeris daripada

cara ia membina sarang dalam daun besar yang

berlipat. Ia menjahit tepi daun dengan beberapa

utas bebenang sutera atau bulu atau serat sayur

dengan menggunakan paruhnya sebagai jarum.

Sarang di dalam daun ini dibuat daripada bulu gebu

tumbuhan dan rumput halus dan bulu. Tempua

betina bertelur tiga atau empat biji pada satu masa.

Tempua berbeza-beza warnanya daripada putih

kemerahan atau hijau kebiruan dan ditandai merah

keperangan. Tempua panjangnya 10 hingga 15

sentimeter panjang. Terdapat sembilan spesies.

Pengelasan saintifik . Tempua tergolong dalam

subfamili Sylviinae dari famili Muscicapidae. Ia adalah

genus Orthotomus .

Lihat juga Burung (gambar: Jenis sarang burung).

UMUM 
SITAR

Sitar ialah alat muzik bertali yang berasal dari India

atau Parsi. Alat ini digunakan dalam muzik klasik di

utara India, Pakistan dan Bangladesh. Sitar

mempunyai leher yang panjang dan lebar yang

dibuat daripada kayu dan badan berbentuk buah

pear yang dibuat daripada buah labu yang besar.

Terdapat 7 utas tali utama yang dipetik oleh ahli

muzik dengan menggunakan pemetik wayar yang

dipakai di jari telunjuk kanan. Sitar juga mempunyai

12 atau lebih tali penurut. Tali ini bergetar apabila

tali utama dimainkan. Jaluran logam yang boleh

laras yang dikenal sebagai fret dipasang pada leher

sitar. Jaluran logam ini berfungsi sebagai panduan

penjarian bagi

tangan kiri.

UMUM 
CANANG

CANANG, alat idiofon logam yang diketuk pada cembul di permukaannya untuk menghasilkan bunyi.  Canang biasanya terdiri daripada dua biji gong kecil berbentuk mangkuk bercembul, direntang di atas dua utas tali atau rotan dan dipasang pada bingkai kayu.  Diameter permukaan canang berukuran antara 15 cm hingga 20 cm.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas