Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tu.san] | اوتوسن

Definisi : orang (kumpulan orang) yg diutus, suruhan, wakil: keempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tu.san] | اوتوسن

Definisi : orang atau kumpulan orang yg diutus; wakil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utus
Kata Terbitan : berutus, mengutus, utusan, perutusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh tolong respons terhadap surat pembaca ini? saya yakin pihak dbp tidak harus dipersalahkan seperti yang dinyatakan oleh penulis ini. http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20140627/fo_02/DBP-Ramadan-dan-Ramadhan terima kasihTerima kasih atas maklumat yang diberikan. Maklumat awal dan ringkas yang dapat diberikan, dalam bahasa Melayu, terdapat kata serapan daripada bahasa-bahasa asing berdasarkan kaedah penyerapan. Dengan kaedah ini kata asing diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Penyerapan berlaku sepanjang masa dan kita dapat lihat bahawa kata yang diambil daripada sesuatu bahasa tertentu sesuai dengan aspek peradaban atau butir budaya oleh komuniti bahasa berkenaan ke alam Melayu. Misalnya, kata yang diambil daripada bahasa Arab sebahagian besarnya merupakan kata dalam leksikon agama Islam, seperti zamalah, tazkirah, mesyuarat, wuduk, solat dan Ramadan. Di sinilah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar perkataan yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah.Lain-lain01.07.2014
(Ini utusan kedua saya setelah saya membetulkan WordPad soal Orang Diamanahkan atau Orang Diamanahi itu) Tuan, adakah "mengamanahkan" boleh digunakan untuk orang? Tetapi dengan penggunaan demikian, maksud yang lahir bahawa orang dijadikan amanah! Sila tilik WordPad saya untuk memahami sebab bahawa "mengamanahi" lebih tepat digunakan untuk penyambut penerima orang.Untuk makluman tuan, tidak ada maklumat tentang penggunaan perkataan mengamanahkan untuk orang seperti yang tuan harapkan; dan tidak ada kata terbitan "mengamanahi" dalam pangkalan data kami. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, sebarang dapatan baharu sila kemukakan kepada Bahagian Perkamusan, DBP melalui Ketua Bahagian Puan Salmah Jabar (salmah@dbp.gov.my). Khidmat Nasihat Bahasa sebagai medium menyalurkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data kami dan bukanlah pihak yang berwenang untuk berhujah dan menerima kata/istilah baharu.Makna23.12.2016
berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai tak diletakkan sebagai gaya bahasa personifikasi? Jika tidak sesuai, boleh tak berikan cadangan. terima kasih.Frasa "Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" tidak menunjukkan ciri-ciri personafikasi yang lazimnya digunakan dalam karya kreatif. Frasa tersebut hanyalah ungkapan umum yang dipopularkan oleh media.Lain-lain28.09.2012
Salam sejahtera. Soalan saya berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai dikatakan sebagai peribahasa? Jika sesuai, apakah jenis peribahasa tersebut iaitu adakah pepatah, lidah pendeta, perumpamaan, atau .....? Terima kasih."Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" bukan dalam kumpulan peribahasa, sebaliknya hanya sekadar ungkapan umum yang dituturkan oleh pembesar negara.Lain-lain11.09.2012
"menyuruh orang menghimpunkan semua rakyat" ataupun "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakah lebih tepat. Apakah bezan kegunaannya "menyuruh" dan "menyuruhkan"Menyuruh dan menyuruhkan, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif. Menyuruh bermaksud memberi perintah atau menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Pihak tentera menyuruh pemandu membuka tempat simpan barang), manakala menyuruhkan bermaksud menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Sultan pun menyuruhkan utusan utusan kepada segala raja yang di bawah angin ini). Berdasarkan makna, kedua-dua perkataan membawa maksud yang hampir sama. Walau bagaimanapun perkataan menyuruhkan banyak ditemukan dalam wacana klasik. Berdasarkan contoh ayat yang diberi, sekiranya diambil daripada karya klasik perkataan menyuruhkan digunakan - "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakala dalam konteks wacana moden kata menyuruh digunakan  seperti "Ketua menyuruh pegawai sentiasa berwaspada ketika menjalankan tugas".Tatabahasa25.04.2023
Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) BhdTuan/puan perlu berikan soalan yang lebih lengkap, mungkin disertakan dengan gambar atau sebagainya. Istilah ikan air payau memang wujud, contoh ikan siakap dan kerapu.Lain-lain08.07.2014
Salam sehati sejiwa. Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh penduduk di beberapa daerah di negeri ini termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol dan Tampin. Jadi istilah yang betul Hari Mantai ke Hari Bantai? Perkataan mantai tiada dalam istilah DBP. Mohon pencerahan. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120728/re_11/Kekalkan-tradisi-Hari-MantaiSelamat pagi.

Perkataan Mantai merupakan dialek Negeri Sembilan. Walaupun perkataan tersebut dalam istilah DBP, pihak tuan/puan tidak dibenarkan menukar perkataan tersebut dengan perkataan lain. Sekian, terima kasih.
Istilah05.06.2016
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Soalan di bawah disertakan dengan gambar yang dilampirkan di Lampiran Fail. Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) BhdYa benar, jawapannya ialah air payau. Menurut istilah kimia dan istilah geologi, air payau merujuk air yang mempunyai nilai kemasinan yang berjulat dari kira-kira 0.50 hingga 17.00 bahagian per ribu, dan air yang mengandung garam kurang daripada air laut, tetapi tidak boleh diminum.Makna09.07.2014
Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. AidahSalam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah
Frasa "Nota Lutut" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam bidang penerbitan DBP menggunakan istilah seperti nota kaki, nota sisi, nota teks, nota hujung dan anekdot. DBP berpendapat istilah "anekdot" yang sedia ada dalam penerbitan yang merujuk pada "kisah yang ringkas tentang sesuatu kejadian kebiasaannya agak lucu" boleh digunakan untuk merujuk konsep "nota lutut". Selain itu, "catatan" atau "nota" juga boleh digunakan.  DBP akan mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan istilah ini daripada pihak yang berkenaan dan akan menghubungi puan.
Makna31.12.2013
Apakah terjemahan bagi "rasul" dan "nabi"? Adakah nabi dan rasul ini kata nama khas?

RASUL

Utusan atau pesuruh Allah yang telah menerima syariat untuk disampaikan kepada umatnya. Rasul juga merupakan utusan atau pesuruh Allah yang dipilih-Nya untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain

 

NABI

Orang yang dipilih Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain.

Perkataan "rasul" dieja dengan huruf kecil (Kamus Dewan Edisi Keempat), kecuali "Rasulullah" yang dieja menggunakan huruf besar bagi "R".

Perkataan “nabi” dieja dengan huruf kecil kecuali jika ia diikuti dengan nama-nama nabi tersebut, perlu dieja dengan huruf besar bagi "N". Contoh: Nabi Yaakub, Nabi Syu'ib, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Ayub (sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua dari muka surat 1878 dan 1879 untuk ejaan yang betul bagi 25 nama nabi)

Lain-lain14.10.2021
12345678910

Kembali ke atas