Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utus
Kata Terbitan : berutus, mengutus, utusan, perutusan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI MUSA A.S.

Nabi Musa a.s. ialah nabi dari kalangan Bani

Israel , juga merupakan (Utusan Allah) bagi mereka.

Namanya ialah Musa ibn ‘Imran tetapi bukan abang

Maryam binti ‘Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) seperti

anggapan sesetengah orang. Ini adalah kerana

perbezaan masa di antara kedua-duanya beratus-

ratus tahun. Baginda diutuskan oleh Allah SWT.

kepada Firaun dan kaumnya yang amat

menyombongkan diri dan suka membuat kerosakan.

Baginda juga salah seorang nabi yang paling kerap

disebut dalam al-Qur'an, malah disebutkan kisah

baginda secara terperinci di beberapa tempat dalam

al-Qur'an. Beberapa ayat yang lain turut

menceritakan kehidupan Nabi Musa a.s. secara

ringkas. Antaranya, firman Allah yang bermaksud:

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam

Kitab (al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa;

sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan

seorang Rasul lagi nabi. Dan Kami telah menyerunya

dari arah sebelah kanan Gunung Thur Sina, dan

Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan

berkata-kata dengan Kami. Dan Kami kurniakan

kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun

yang juga seorang nabi”.

(Surah Maryam 19:51–53)

UMUM 
NABI YAHYA A.S.

Nabi Yahya a.s. ialah salah seorang nabi utusan

Allah dan juga anak Nabi Zakaria a.s. Baginda

daripada keturunan Nabi Allah Sulayman a.s., anak

Nabi Allah Daud a.s. Keturunan ini berasal daripada

puak Yahuza ibn Ya‘kub iaitu salah satu puak

daripada kalangan Bani Israel. Nabi Yahya a.s. lahir

tiga bulan lebih awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.

Nabi Yahya a.s. turut menemani Nabi Isa a.s. dalam

mengembangkan dakwah.

UMUM 
NABI HUD A.S.

Nabi Hud a.s. ialah salah seorang daripada utusan

Allah. Nabi Hud a.s. diutuskan kepada kaum ‘Ad iaitu

kaum Arab yang paling awal yang diketahui. Dalam

al-Qur’an diceritakan bahawa terdapat kaum ‘Ad I

dan kaum ‘Ad II. Kaum ‘Ad I ialah ‘Ad Irm yang

tinggal di dalam khemah. Manakala kaum ‘Ad II ialah

penduduk negeri Yaman dari keturunan Qahtan,

Saba ’ dan keturunan dari keduanya. Zaman

kehidupan kaum ‘Ad ini tidak diketahui dengan

tepat. Ini disebabkan al-Qur’an sendiri dan hadith-

hadith tidak menyebutkan tentang tarikh kewujudan

mereka. Selain itu, tidak terdapat bukti dari kesan-

kesan yang ditinggalkan sama ada berbentuk

tulisan-tulisan sejarah yang mungkin boleh dibuat

sandaran berhubung dengan tarikh kewujudan

mereka.

UMUM 

Kembali ke atas