Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vak.si.na.si] | ۏکسيناسي

Definisi : proses menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang sbg langkah perlindungan men­cegah sesuatu penyakit, pemvaksinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vaksinasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vaccination hesitancykeraguan vaksinasiKesihatan AwamTiadaPerbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak perkhidmatan vaksinasi yang tersedia kerana berasa ragu terhadap vaksinasi tersebut.
mobile vaccination unitunit vaksinasi bergerakKesihatan AwamTiadaInisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dengan menggunakan unit bergerak untuk memberikan perkhidmatan vaksinasi kepada masyarakat atau populasi tertentu, termasuk orang-orang yang tidak dilindungi, kumpulan berisiko tinggi, pekerja perkhidmatan perlu dan masyarakat luar bandar yang mungkin mengalami kesulitan untuk sampai ke pusat pemberian vaksin (PPV).
ring vaccinationvaksinasi sekitarPerubatanTiadaTiada
walk-in vaccinationvaksinasi tanpa janji temuKesihatan AwamTiadaPemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada individu yang belum menerima tarikh janji temu dan datang terus di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terpilih di seluruh negara melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
smallpox vaccination scarparut vaksinasi cacarPerubatanTiadaTiada
vaccine reluctancekeengganan vaksinKesihatan AwamTiadaPerbuatan menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia.
vaccine-reluctant groupkumpulan enggan vaksinKesihatan AwamTiadaKumpulan yang menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia.
anti-vaxxerpenolak vaksinKesihatan AwamTiadaIndividu atau kumpulan yang menentang pengambilan vaksin atau peraturan yang mewajibkan vaksinasi.
vaccine hesitancykeraguan vaksinKesihatan AwamTiadaPerbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin.
vaccine-hesitant groupkumpulan ragu vaksinKesihatan AwamTiadaKumpulan yang melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin.
12

Kembali ke atas