Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. memvariasikan menjadikan bervariasi: Usaha utk ~ cara atau kaedah pengajaran diharapkan dpt membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA PERLUKAN MAKLUMAT BERKENAAN VARIASI BAHASA DAN VARIASI DIALOG. SEGALA INFO MENGENAINYA...Untuk menjawab soalan ini saudara perlu membaca buku yang ada di pasaran tentang perkara ini atau membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara. Antara buku yang boleh dirujuk ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Lain-lain07.09.2008
mencari tentang variasi bahasa melayu,dialek bahasa melayu dan situasi bahasa melayu di Malaysiadi malBagi membantu saudara mendapatkan maklumat mengenai variasi dan juga dialek, saudara boleh merujuk laman web DBP di www.dbp.gov.my dan merujuk katalog awam dalam talian. Pelbagai maklumat tentang dialek dan variasi akan dipaparkan, umpamanya hasil tulisan James T.Collins. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain04.01.2007
persamaan variasi dialek sosial dan dialek geografiSoalan yang puan kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan tersebut, kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan dialektologi seperti:
Dialektologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan), Tiada, 1990 Dialektologi tradisional dan dialektologi sosial-bandar: Satuperbandingan matlamat, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1998 Dialektologi bahasa Bugis di sabah, Noor Aina Dani, Jurnal Bahasa, 1 June 2006 Dialektologi struktural dalam penelitian bahasa Bali, Bawa, I Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1992 Dialektologi sosial bandar: satu pengenalan, Idris B. Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1996 Dialektologi Melayu: sumbangan A. Teeuw, Bawa, Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 February 1990 Nilai dialektologi sosial bandar dalam pembangunan negara, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 Tamadun Melayu dan dialektologi, Collins, James T, Jurnal Dewan Bahasa, 1 January 1993
Lain-lain15.04.2014
adakah tepat penggunaan perkataan variasi dalam ayat berikut : Malaysia mempunyai variasi bangsa, etnik, kaum dan agama yang berbeza

Saudara Rusyatie,

Perkataan yang sesuai dan mudah difahami ialah pelbagai.

Lain-lain07.02.2010
ingin maklumat tentang variasi bahasaMerujuk Kamus Dewan Edisi, antara maksd variasi ialah bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Untuk keterangan lanjut berkenaan varisi bahasa, saudari boleh merujuk buku-buku yang berkaitan. Antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Makna09.08.2009
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa27.12.2006
apa yang di katakan dengan laras bahasa perakaunan?Menurut Kamus Dewan, laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunannya. Laras bahasa perakauanan ialah variasi bahasa yang digunakan dalam bidang perakaunan. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mendapatkan maklumat daripada buku Tatabahasa Dewan. terima kasih.Makna08.09.2006
Saya Faisah Malee sedang belajar di universiti Fatoni, kelas dasar.ingin bertanya DBP, perkataan "Variasi" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? TerimakasihKata ‘variasi’ ialah kata pinjaman daripada kata Inggeris. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainyaMakna22.09.2014
Salam sejahtera, Betulkah jika istilah “Translation Variation Theory" diterjemahkan sebagai "Teori Variasi Terjemahan"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Translation Variation Theory ialah Teori Variasi Terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan01.06.2023
assalamualaikum.. sy ingin bertanya adakah variabel linguistik sama seperti variasi bahasa ? mohon penjelasan.. terima kasihTidak ada maklumat tentang variabel linguistik dalam pangkalan data kami. Jika diteliti dalam istilah linguistik maksud variabel ialah pemboleh ubah, manakala variasi ialah kelainan.Makna06.05.2017
12345678910...

Kembali ke atas