Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. memvariasikan menjadikan bervariasi: Usaha utk ~ cara atau kaedah pengajaran diharapkan dpt membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
registered product variationvariasi produk berdaftarHerbaPeraturan dan PemasaranPerubahan pada produk berdaftar yang hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa. Terdapat dua jenis variasi produk berdaftar, iaitu variasi kecil dan variasi besar. Lihat juga variasi kecil, variasi besar.
variationvariasiMuzikTiada

Bentuk muzik yang dicipta dengan satu tema dan beberapa siri perubahan tema tersebut. Variasi dibahagikan kepada va­riasi berbahagian dan variasi berterusan. Variasi berbahagian mengandungi satu tema dan diikuti beberapa variasi tema tersebut seperti yang terdapat dalam karya theme and variations. Contohnya, Goldberg Variations, BWV988 (1741-1742) oleh J.S. Bach dan Thirty-three Variations on a Waltz by Diabelli, Op. 120 (1823) oleh Beethoven. Variasi berterusan pula ialah variasi yang berdasarkan basso ostinato seperti yang terdapat dalam karya passacaglia dan chaconne. Contohnya, "Allego energico e passionato" dalam Symphony, No. 4, Op. 98 (1885) oleh Brahms.

major variationvariasi besarHerbaPeraturan dan PemasaranPerubahan besar pada produk berdaftar yang boleh menjejaskan dengan ketara dan/atau secara langsung terhadap kualiti, keselamatan, keberkesanan dan manfaat yang dinyatakan. Variasi besar tidak termasuk dalam definisi variasi kecil dan pendaftaran baharu. Menurut Garis Panduan Variasi bagi Produk Semula Jadi (Ubat Tradisional dan Homeopati) dan Makanan Tambahan Kesihatan Malaysia, contoh variasi besar seperti perubahan pada indikasi, label dan proses pembuatan. Variasi besar pada produk berdaftar perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa.
chorale variationskoral variasiMuzikTiadaVariasi organ abad ke-16 hingga abad ke-17 yang berasas­kan melodi koral Protestan Jerman. Melodi koral digubah sebagai cantus firmus bagi beberapa siri variasi. Gaya ini diperkembang oleh Sweelinck (1562-1621), seorang komposer Belanda.
continuous variationvariasi berterusanPertanianAgronomi

 Perbezaan yang wujud dalam sesuatu populasi, dari segi sifat kuantitatif seperti berat dan ketinggian, merangkumi julat nilai berterusan, daripada yang terkecil kepada yang tertinggi. Contohnya, satu populasi tanaman jagung mungkin mempunyai ketinggian dari 50 cm hingga 180 cm dan pelbagai ketinggian antara dua julat tersebut. Perbezaan seperti inilah yang ditakrif sebagai variasi berterusan. Dari aspek genetik, variasi berterusan dikawal oleh banyak gen atau poligen, manakala variasi tak berterusan ditentukan oleh satu atau sedikit gen. Variasi berterusan dipengaruhi oleh faktor persekitaran selain daripada faktor genetik, manakala variasi tak berterusan kurang dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Sebaliknya, sifat kualitatif seperti warna bunga mawar yang hanya terdapat warna kuning dan warna merah, dianggap variasi tak berterusan.

meristic variationvariasi meristikBiologiGenetikVariasi ciri yang boleh dihitung, misalnya bilangan anak anjing seperinduk, bilangan daun sepokok atau bilangan bulu kejur.
elegant variationvariasi lagakKesusasteraanTiadaSatu variasi lagak yang mencerminkan sifat yang baik dan tertib.
position effect variationvariasi kesan posisiBiologiGenetiklih. variasi kesan kedudukan.
isolectisolekSosiolinguistikTiadaVariasi linguistik yang mempunyai perbezaan minimum daripada variasi bahasa yang lain.
standard deviationsisihan piawaiPsikologiPsikologi UmumUkuran variasi yang boleh memperlihatkan jumlah variasi dalam kalangan skor. Contohnya, jika skor daripada kajian psikologi tentang motivasi tidak berhimpun dekat dengan min, maka sisihan piawainya besar. Begitu juga jika skor sisihan piawai kecil, maka skor motivasi kajian tersebut tidaklah terlalu berbeza antara satu sama lain.
12345678910...

Kembali ke atas