Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ver.té.brat] | ۏرتيبرت

Definisi : (vertébrat) (Bio) = haiwan ~ haiwan yg bertulang belakang (termasuk ikan, amfibia, reptilia, burung, dan mamalia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ver.té.brat] | ۏرتيبرت

Definisi : /vertébrat/ = haiwan ~ ist haiwan yg mempunyai tulang belakang (termasuk ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vertebrat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chine bonetulang belakangPentadbiran PerniagaanTiadaSiri vertebrat yang tersusun secara dorsal dari kepala ke ekor dalam badan vertebrat.
jawrahangBiologiHistologi dan SitologiSepasang struktur yang disokong oleh tulang atau rawan yang (pada vertebrat) tidak diselaputi oleh apa-apa tisu lain, atau yang (pada tanduk) diselaputi tisu lain. Rahang vertebrat menjadi tempat gigi tumbuh, manakala tanduk mempunyai plat tanduk. Rahang menjadi sebahagian mulut; bahagian atasnya disebut maksila, manakala yang bawah disebut mandibel, dan yang membolehkan mulut terbuka dan tertutup. Struktur seumpama ini juga terdapat pada invedrtebrat.
plant pestperosak tanamanPertanianAgronomi

Serangga atau haiwan yang mengakibatkan kemusnahan kepada tanaman. Perosak tanaman terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu vertebrat dan invertebrat. Contoh perosak vertebrat ialah tikus, tupai, gajah dan babi hutan, manakala perosak invertebrat pula ialah belalang, kumbang, anai-anai, kutu daun, hama dan nematod. Kerosakan akibat perosak tanaman boleh berlaku pada semua peringkat perkembangan organ tanaman dan hasilan.

vertebratevertebratArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKelompok haiwan yang mempunyai tulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia. Kelompok haiwan jenis ini dimakan oleh manusia zaman prasejarah. Terdapat bahagian haiwan yang dijadikan sebagai perhiasan seperti tulang ikan sebagai azimat dan manik, manakala gigi binatang sebagai kalung. Jumpaan tulang vertebrat dapat menentukan keadaan persekitaran semula jadi pada sesuatu waktu.
brainotakBiologiHistologi dan SitologiPusat sistem saraf yang pada vertebrat terdiri daripada gumpalan jirim saraf yang terletak pada hujung anterior saraf tunjang dan berada di dalam tengkorak (kranium), tetapi pada invertebrat terdiri daripada ganglion supraesofagus atau ganglion suprafarinks. Otak vertebrat terbahagi kepada serebrum, serebelum dan medula oblongata. ensefalon.
pineal gland or bodykelenjar pinealBiologiHistologi dan SitologiKelenjar berupa bonjolan pada vesikel serebrum pertama yang mungkin berfungsi sebagai kelenjar endoktrin. Juga dikenal sebagai kelenjar perembes vasotosin (pada haiwan mamalia dan melatonin pada haiwan vertebrat rendah). Kelenjar ini, pada haiwan vertebrat rendah, kelihatan seperti mata tengah atau pineal, dan pada haiwan vertebrat tinggi kedudukannya terbenam di dalam tisu saraf, tetapi mungkin peka terhadap cahaya yang menelusi tengkorak. Pada beberapa jenis unggas, kelenjar ini berfungsi sebagai pengukur masa. konarium; serebrum epifisis; jasad pineal.
vertebratevertebratFizikTiadaTiada
vertebratevertebratPerubatanTiadaTiada
vertebratevertebratBiologiUmumTiada
aquatic vertebratevertebrat akuaPertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas