Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.déo] | ۏيديو

Definisi : (vidéo) 1. = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen);2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakam­kan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayang­kan dgn menggunakan alat video; memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.déo] | ۏيديو

Definisi : /vidéo/ 1 = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen). 2 = pita ~ pita bermagnet utk merakamkan filem dr televisyen dsb. 3 = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video (dpt ditayangkan di televisyen dgn menggunakan alat video). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata video


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERAKAM PITA VIDEO

Perakam pita video ialah peranti yang

merakamkan imej visual dan bunyi pada pita

magnet. Perakam pita video yang juga dikenali

sebagai VTR ataupun perakam video, juga

memainkan semula maklumat video (gambar) dan

audio (bunyi) yang dirakamkan pada peti

televisyen.

UMUM 
CAKERA VIDEO UMUM 
KAMERA VIDEO

Kamera video ialah satu alat yang merakam imej

dan menukarkannya menjadi isyarat elektronik

untuk ditonton melalui sebuah peti televisyen.

UMUM 
TELEPRINTER SAHAM

Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik

yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok

dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video.

Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk

nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan

saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau

dijual.

UMUM 
PERMAINAN ELEKTRONIK

Permainan elektronik ialah bentuk permainan

yang dikawal oleh sebuah komputer yang sangat

kecil, dikenali sebagai mikropemproses. Semua

permainan elektronik mempunyai atur cara (program

iaitu set suruhan untuk komputer ). Kebanyakan alat

permainan elektronik disambungkan ke skrin video.

Oleh sebab itu, permainan ini sering juga dipanggil

permainan video .

UMUM 
SLIGO

Sligo (pend. 17 285) ialah bandar bagi kaunti Sligo

di barat Ireland. Ia merupakan bandar kedua

terbesar di wilayah Connacht. Bandar ini terletak di

sebuah dataran berhampiran Sungai Garavouge,

iaitu di antara Lough Gill dengan laut. Sligo

mempunyai sebuah lapangan terbang dan sebuah

pelabuhan yang baik.

Terdapat beberapa industri di Sligo, termasuk

perikanan, firma membuat acuan dan alat, serta

pemprosesan daging. Keluaran tempatan yang lain

termasuk jam, pembekalan hospital, penimbang,

pita video, dan pakaian wanita.

UMUM 
LEMBAGA PENAPISAN FILEM NEGARA

LEMBAGA PENAPISAN FILEM NEGARA, badan yang menapis dan meluluskan filem dan pita video.

BUDAYAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas