Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.rus] | ۏيروس

Definisi : 1. sj kuman yg lebih halus drpd bakteria yg boleh menyebabkan penyakit pd manusia, haiwan, atau tumbuhan; 2. (Komp) atur cara asing yg menerobosi sesuatu sistem komputer sehingga dapat mengganggu, mengubah, me­rosakkan, atau memusnahkan maklumat yg ter­simpan di dlm sistem berkenaan; 3. ki pengaruh yg buruk, jahat, atau merosakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.rus] | ۏيروس

Definisi : kehidupan seni yg menyebabkan penyakit dan menularkannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata virus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Kenapa ejaan koronavirus bukan virus korona? Bukankah menyalahi hukum D-M. Berdasarkan laman web prpm ada istilah virus korona. Mengapa tidak gunakan istilah yang sedia ada 2) Apa beza koronavirus dengan virus influenza, virus herpes, virus onkogen dan virus polioma?Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat.Ejaan04.02.2020
salam. 1. Anti-Zika Virus IgG ELISA Kit dalam Bahasa melayu ditulis sebagai apa ya? 2. Virus Zika, virus Zika atau virus zika ya?Penulisan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. Kit IgG Elisa Virus Anti-Zika
2. virus Zika
Ejaan26.11.2021
Assalamualaikum, saya perlukan nasihat atas beberapa istilah sains berikut yang sepadan dengan istilah Bahasa Melayu. Baltimore virus classification Class I: double stranded DNA virus Class II: single stranded positive sense DNA virus Class III: double stranded RNA virus Class IV: positive sense single stranded RNA virus Class V: negative sense single stranded RNA virus Class VI: single stranded positive sense RNA virus with reverse transcriptase Class VII: double stranded DNA virus with reverse transcriptase 5′ (Five-prime) methylated cap 3′ (Three-prime) polyadenylated tail 5′ (Five-prime)-leader-untranslated region (UTR) RNA dependent RNA polymerase DNA dependent RNA polymerase DNA directed DNA polymerase RNA directed DNA polymerase Terima kasih
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan istilah-istilah yang berikut:

Pengelasan Virus Baltimore:
  1. Kelas i: Virus DNA bebenang ganda dua
  2. Kelas ii: Virus DNA bebenang tunggal deria positif
  3. Kelas iii: Virus RNA bebenang ganda dua
  4. Kelas iv: Virus RNA bebenang tunggal deria positif
  5. Kelas v: Virus RNA bebenang tunggal deria negatif
  6. Kelas vi: Virus RNA bebenang tunggal deria positif dengan transkriptase berbalik

Bagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk istilah sains Kelas VII, mohon pihak puan untuk memberikan terjemahannya terlebih dahulu untuk kami semak dari segi bahasa. Puan juga boleh merujuk laman web prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan istilah yang bersesuaian.
Istilah04.04.2020
1. Terjemahan manakah adalah betul bagi ayat yang berbentuk seperti di bawah? Mengapa? (Lampiran yang disertakan adalah sebagai contoh sahaja) 2. Adakah aksara 'i' dalam perkataan 'itu' perlu ditulis menggunakan huruf besar (Itu)? Mengapa? What is Virus- Apa itu Virus? ATAU Apakah itu Virus?Kedua-dua ayat, iaitu Apa Itu Virus? dan Apakah Itu Virus? adalah betul dan boleh digunakan. Semua perkataan dimulakan dengan huruf besar kerana ayat ini merupakan tajuk.Tatabahasa20.07.2016
Ayat utama:Virus epidemik yang akan (menjatuhkan)imej negara di mata dunia. Ayat kedua:Virus epidemik yang akan (mengancam) imej negara di mata dunia. Ayat ketiga:Virus epidemik yang akan (memusnahkan) imej negara di mata dunia. Tuan bolehkah saya tahu akan mana satu kata yang betul?Semua contoh ayat yang diberikan mengandungi kesalahan tatabahasa.
Berikut ialah ayat yang betul:

1. Virus epidemik akan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

2. Virus epidemik akan mengancam imej negara di mata dunia.

3. Virus epidemik akan memusnahkan imej negara di mata dunia.
Lain-lain05.01.2021
contoh-contoh virusSila rujuk buku, majalah atau makalah tentang perkara ini yang terdapat di perpustakaan.   Lain-lain16.12.2008
1)Virus Nipah 2)Halal Italik ke tidak dalam teks bahasa Inggeris?1)Nipah Virus (tidak perlu italik) 2)Halal (perlu)Lain-lain25.02.2011
Walaupun mereka tidak ada kontak rapat, tiga daripada mereka adalah positif virus berkenaan. Walaupun mereka tidak ada kontak rapat, tiga daripadanya adalah positif virus berkenaan. Daripada mereka atau daripadanya lebih betul tatabahasanya? Yang manakah lebih mantap?

Ayat yang betul ialah "Walaupun tidak mempunyai kontak rapat, tiga orang daripada mereka positif virus berkenaan."

Tatabahasa09.11.2020
Dalam buku berbahasa Melayu, bagaimana kita menulis nama penyakit ataupun virus yang ada nama saintifik. Contohnya: a)Kanak-kanak itu diserang oleh virus Rotavirus. Perlukah menggunakan huruf besar atau dicondongkan?Istilah rotavirus dieja dengan huruf kecil.Istilah27.02.2012
Tuan, Adakah susunan ayat di bawah bagi penggunaan 'positif' betul? Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai virus hepatitis aktif dan memantau tahap virus semasa kajian jika anda positif Hepatitis B atau C.

Kedudukan perkataan positif dalam ayat “jika anda positif Hepatitis B atau C” betul. Namun begitu, ayat sebelumnya tidak jelas apa yang pihak tuan mahu sampaikan.

Tatabahasa04.10.2019
12

Kembali ke atas