Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.ta.min] | ۏيتامين

Definisi : bahan organik yg sangat penting yg diperlukan oleh badan dgn jumlah yg kecil dan berperanan dlm pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit; jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dll; ~ A sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dll (banyak terdapat dlm minyak ikan, hati, telur, susu, dll); ~ B1 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menye­babkan penyakit beriberi; ~ B2 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya me­nyebabkan penyakit pelagra; ~ B12 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan sj penyakit anemia; ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll (banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll); ~ C sj vitamin larut air yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak ter­dapat dlm buah-buahan sitrus spt oren dan sesetengah sayuran); ~ D sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur, dll); ~ K sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk mening­katkan daya penggumpalan pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dlm kubis, bayam, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.ta.min] | ۏيتامين

Definisi : zat yg terdapat dlm bahan-bahan makanan dan sangat penting utk tubuh: Limau kaya dgn ~ C, manakala betik kaya dgn ~ A. ~ A vitamin larut lemak yg banyak terdapat dlm minyak ikan, telur, susu, hati, dll, yg diperlukan dlm tubuh utk pertumbuhan normal, mencegah penyakit rabun malam dll. ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll, yg banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll. ~ C vitamin larut air yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus spt oren, limau, dan sesetengah sayuran (kekurangan vitamin ini boleh mengakibatkan penyakit skurvi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vitamin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Fortified with Vitamin E BM translation: 1. Diperkaya dengan Vitamin E atau 2. Diperkayakan dengan Vitamin E Which one is correct? 1 or 2? Thanks

Diperkaya dengan Vitamin E adalah betul
Makna13.06.2017
'Buah-buahan yang segar mengandungi banyak vitamin.' 'Buah-buahan yang segar banyak mengandungi vitamin.' Ayat di atas, yang manakah betul?Buah-buahan yang segar mengandungi banyak vitamin, Kata banyak dalam ayat ini ialah  kata bilangan.  Tatabahasa13.01.2008
Salam sejahtera, 1. Murid-murid diminta berjalan menuju ke Blok C. 2. Murid Kumpulan D diminta membuat persembahan senamrobik dalam talian. 3.Kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari. * Blok C , blok tulis dalam huruf besar atau kecil termasuk c. *Kumpulan D, kumpulan tulis dalam huruf besar atau kecil. *Vitamin C, vitamin ditulis dalam huruf besar atau kecil? Sila berikan pencerahan.Terima kasih.

Ketiga-tiga perkataan perlu ditulis dengan huruf kecil, iaitu blok C, kumpulan D dan vitamin C kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya kereta, cuaca dan keadilan.

Manakala perkataan yang ditulis dengan huruf besar ialah kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan  seumpamanya. 

Kata nama khas dibahagikan kepada dua kumpulan:
(i) Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia). Contohnya Tun Abdul Razak (manusia) dan Tompok (bukan manusia).
(ii) Kata nama khas tak hidup. Contohnya Melayu dan Universiti Putra Malaysia.      

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 95 - 101.

Tatabahasa25.07.2021
Penggunaan (banyak) dalam ayat no.1 dan 2 yang mana satu betul ? Mengapa ? 1.Sayur-sayuran (banyak) mengandungi vitamin C. 2.Sayur-sayuran mengandungi ( banyak ) vitamin C. Penggunaan kata pemeri dalam ayat berikut yang mana satu betul ? Mengapa? 3. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Malaysia. 4. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. 5. Usman Awang adalah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 6.Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 7. Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. 8. Mengedar dadah adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

Ayat yang betul ialah:

1. Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin C. - yang banyak ialah vitamin C, bukan mengandungi

2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama

3. Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama

4. Mengedar dadah adalah salah di sisi undang-undang. - kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif  

Tatabahasa05.05.2011
Saya memerlukan vitamin berbotol paling besar. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah Saya memerlukan vitamin dalam botol yang bersaiz paling besar.”
Tatabahasa22.12.2023
Selamat pagi, saya ingin bertanyakan tentang soalan berdasarkan buku teks Bahasa Malaysia Tahun 1 iaitu: Saya sawi. Makanlah saya untuk mendapatkan vitamin. Saya buah-buahan. Makanlah saya untuk mencegah penyakit. Di sini lampirkan soalan peperiksaan iaitu soalan 3: sayur-sayuran boleh mencegah penyakit@sayur-sayuran banyak mengandungi vitamin. Soalan 5: Buah-buahan boleh mencegah penyakit@Buah-buahan banyak mengandungi vitamin. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima sedangkan buku teks hanya menyatakan buah-buahan mencegah penyakit manakala sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin. Sekian,terima kasih.
Salam. Sayur dan buah, sememangnya kedua-duanya mempunyai kebaikan dan kelebihan yang sama. Dalam buku teks,  berkemungkinan bertujuan untuk menguji kepekaan dan kemahiran berfikir kanak-kanak tersebut. Oleh itu, penggunaan kedua-dua jawapan untuk no.3 dan 5 adalah  tidak salah, malahan guru digalakkan menggunakan kepelbagaian kreativiti untuk merangsang minda kanak-kanak, selagi tidak menyalahi  fungsi dan penggunaannya dalam bahasa.
Makna22.05.2017
Apakah padanan bagi istilah di bawah ini: High amylose maize resistant starch (HAMRS) boflavin) Vitamin B6, pyridoxine, pyridoxal,pyridoxiamine (miligrams of pyridoxamine) dl-alphatocopheryl acetateKami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

high amylose maize resistant starch (HAMRS) boflavin) Vitamin B6 - jagung tinggi amilosa tahan kanji vitamin B6
pyridoxiamine (miligrams of pyridoxamine) dl-alphatocopheryl acetate - piridoksamina d.l.- alpha tokoferil asetat

Berdasarkan data PRPM juga, padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

pyridoxine - piridoksina
pyridoxal - piridoksal

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu
Lain-lain19.08.2021
1. antioxidant 2. whole-what flour 3. premixed vitamin 4. vanillin 5. malt extract 6. leaving agent 7. skimmed milk powder 8. casrava strerch 9. cocoa mass 10. arkey1. antioksidan 2. tepung gandum lengkap 3. vitamin pracampur 4. vanilin 5. ekstrak malt 6. agen penaik 7. susu tepung milk 8. sagu ubi 9. jisim koko 10. wei/dadihEjaan26.06.2013
Buah mangga mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Tuan, betulkah ayat di atas ini? bolehkah perkataan mempunyai dan kandungan digunakan bersama-sama?Kami cadangkan ayat tersebut diubah menjadi buah mangga mengandungivitamin C yang tinggi.Tatabahasa26.04.2013
Soalan pilihan ( atau, dan) 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? Sekian, terima kasih.1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat, Ali atau Ah Meng yang bermain bola?
Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima?

2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. - Ayat ini juga tidak gramatis. Ayat yang tepat, Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin.
Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima?
Tatabahasa27.10.2015
12

Kembali ke atas