Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ba/] | وابق

Definisi : 1. sj penyakit menular, (berjangkit) yg merebak: ~ cacar; ~ taun; 2. kejadian atau perbuatan buruk (spt penagihan dadah, perbuatan jenayah, dll) yg merebak ke merata tempat: ~ dadah perlu dibanteras; ~ kepincangan yg melanda koperasi; mewabak merebak dgn cepat: ruapan itu ~ hingga memenuhi setiap ruang tanah itu; bayangan hitam itu ~ ke hati Raid yg memaksanya mengasak terus; mewabakkan menyebabkan merebak, mere­bakkan: aku tahu jawaban itu akan ~ suasana tegang ke seluruh pelosok rumah kami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ba/] | وابق

Definisi : kejadian diserang penyakit menular yg merebak dgn cepat di kalangan penduduk sesuatu kawasan; hawar: ~ cacar; ~ taun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wabak (kata nama)
Bersinonim dengan penyakit merebak, penyakit menular.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fowl pest/fowl phaguesampar unggasBiologiMikrobiologiWabak menular dan akut pada unggas yang disebabkan oleh virus. Gejala wabak ini ialah demam, edema di bahagian kepala, rembesan air hidung, dan boleh membawa maut. Wabak ini juga merangkumi penyakit Newcastle.
bobunic plaguewabak bubonBiologiMikrobiologiWabak yang disebabkan oleh jangkitan Pasteurella pastis pada manusia dan tikus. Gejala jangkitan ini ialah kelenjar limpa bengkak, terutamanya di bahagian pinggang.
disease outbreakwabak penyakitPerikananAkuakulturPenularan penyakit pada satu-satu masa dan di tempat tertentu dalam populasi ikan. Wabak penyakit terjadi pada satu populasi yang kecil dan boleh merebak kepada populasi yang lebih besar atau ke tempat lain.
epidemicwabakMakanan dan PemakananTeknologi MakananKejadian mengejut kes penyakit berjangkit yang melibatkan banyak individu dalam sekumpulan penduduk, komuniti, atau daerah pada satu masa. Contoh, wabak taun.
plaguewabakKependudukanTiadaTiada
plaguewabakVeterinarTiadaTiada
plaguewabakPerubatanTiadaTiada
plaguewabakPentadbiran PerniagaanTiada1. Sebarang penyakit epidemik dengan kadar kematian yang tinggi.,2. Penyakit epidemik akut pada tikus dan rodentia liar yang lain disebabkan oleh bakteria Pasteurella pestis yang ditularkan kepada manusia oleh kutu tikus.
plaguewabakSejarahTiada1. Sebarang penyakit epidemik dengan kadar kematian yang tinggi.
plaguewabakSejarahTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas