Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ca.na] | وچان

Definisi : 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatu­an fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ca.na] | وچان

Definisi : 1 sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. 2 perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: Mereka mengadakan ~ ilmu. mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wacana (kata nama)
1. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, pertuturan, percakapan,

2. Dalam konteks pemikiran
bersinonim dengan pidato, khutbah, ceramah, syarahan surat, artikel, novel, cerpen.,



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Wacana, penanda wacana, kohesi, koherenMohd. Zaini OthmanPelita Bahasa1 March 2004
Teks lama dan teks usang: wacana intelektual dan wacana primitifUmar JunusDewan Sastera1 November 1995
Wacana Warisan Kedah Darul AmanAbdul Halim YaacobDewan Budaya1 May 2009
Wacana sastera bersama Mana SikanaAbdul Rahman Napiah, Dr.Tunas Cipta1 March 2009
Wacana karya Abad 20 : mencari erti dalam karya pengarang veteranRoziah Md. YunusDewan Sastera1 January 2009
Wacana sastera bersama Mana Sikana [soal-jawab]Abdul Rahman Napiah [Mana Sikana]Tunas Cipta1 February 2009
Wacana Sastera Bersama Mana Sikana [soal jawab]Abdul Rahman Napiah [Mana Sikana]Tunas Cipta1 January 2009
Wacana Pemikiran dan Epistemologi Alam MelayuShahrulnizam AzaruddinDewan Budaya1 December 2008
Wacana seni pakaian masyarakat MelayuBasirah AriffinDewan Budaya1 August 2008
Wacana sastera bersama Mana SikanaMana SikanaTunas Cipta1 November 2008
12345678910

Kembali ke atas