Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.kil] | واکيل

Definisi : 1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, peng­ganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan BB; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~ General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong, timbalan: ~ kedua; ~ presiden; ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil (yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya (tidak ada wakil yg lain); berwakil mempunyai (memakai) wakil, me­lantik (memberi kuasa dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~; berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dr Ibu Pejabat ASNB; mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; mewakilkan 1. memberi kuasa kpd sese-orang utk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanah­kan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ; perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kil] | واکيل

Definisi : 1 orang yg diberi kuasa utk menggantikan orang lain; pengganti: Ia hadir dlm mesyuarat itu sbg ~ pengarah. 2 orang yg dilantik sbg utusan sesebuah negara, perkumpulan dll: Duta ialah ~ pemerintah sesebuah negara di negara lain. 3 orang yg mengurus perdagangan dll utk orang lain; ejen. ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan. ~ pos pejabat pos kecil di kampung-kampung. ~ rakyat ahli parlimen. ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya. berwakil mempunyai wakil; memakai wakil: Jika tidak dpt datang sendiri, saudara boleh ~. mewakili menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu. mewakilkan 1 memberi kuasa kpd seseorang utk menjadi wakil: Pengundi tidak boleh ~ orang lain utk mengundi. 2 menyerahkan kpd orang lain utk diurus: Dia ~ adiknya utk mengurus perniagaannya. perwakilan 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
plenipotentiaryadj mutlak, penuh: the government’s representatives were given ~ powers, wakil-wakil kerajaan itu telah diberi kuasa penuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
merchandisevt mendagangkan: we ~ our goods through the agents, kami mendagangkan keluaran kami melalui wakil-wakil penjual.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tread2. (fig.) bertindak: the delegates trod very cautiously during the peace negotiations, wakil-wakil itu bertindak dgn hati-hati semasa perundingan damai tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
repn wakil: sales ~, wakil jualan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
composevt 1. (usu in pass.) make up, form, (act.) membentuk; (pass.) terdiri: the various scenes that ~ the play, pelbagai babak yg membentuk lakon itu; the assembly was ~d of delegates from several nations, perhimpunan itu terdiri drpd wakil-wakil beberapa negara; water is ~d of two parts hydrogen and one part oxygen, air terdiri drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen; 2. write, a. (literary work) mengarang: to ~ poems, mengarang sajak; b. (song, music, etc) menggubah; 3. put together esp in an artistic way, menggubah: to ~ a painting, menggubah sebuah lukisan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
representativen 1. person authorized to act for another, wakil: our ~ at the UN, wakil kami di Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. typical example (of a class) contoh representatif: one of the last ~s of a dying species, salah satu contoh representatif yg terakhir bagi spesis yg semakin luput; 3. person representing a constituency, wakil rakyat: he is our ~ in the House of Commons, dia wakil rakyat kami di Dewan Rakyat; 4. agent of a firm, wakil: a ~ of NYK Oil, wakil Syarikat Minyak NYK.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
attorneyn wakil; A ~ – General, Peguam Negara; power of ~, surat kuasa wakil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plenipotentiaryn wakil penuh kerajaan: the three plenipotentiaries met in Paris, ketiga-tiga orang wakil penuh kerajaan itu bersidang di Paris.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reconstitutevt 1. restore (food) to natural state, membancuh: to ~ powdered milk, membancuh susu tepung; 2. reorganize, menyusun semula: the university council has decided to ~ the committee to include student representatives, majlis universiti memutuskan utk menyusun semula jawatankuasa itu bagi memasukkan wakil-wakil penuntut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invitevt 1. ask (so.) politely, (to attend party, wedding, etc or to go to so’s house etc) menjemput, mengajak, mengundang, mempelawa; (to important, formal or official function) mengundang, menjemput; (verbally and at formal meeting or function) mempersilakan, menjemput: he was ~d to spend the weekend with them, dia diajak menghabiskan hujung minggu bersama mereka; I did not go to her wedding because I was not ~d, saya tdk menghadiri majlis perkahwinannya krn saya tdk dijemput; the Minister ~d the delegates to be seated, Menteri itu mempersilakan wakil-wakil perutusan tersebut duduk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas