Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.kil] | واکيل

Definisi : 1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, peng­ganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan BB; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~ General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong, timbalan: ~ kedua; ~ presiden; ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil (yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya (tidak ada wakil yg lain); berwakil mempunyai (memakai) wakil, me­lantik (memberi kuasa dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~; berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dr Ibu Pejabat ASNB; mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; mewakilkan 1. memberi kuasa kpd sese-orang utk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanah­kan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ; perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kil] | واکيل

Definisi : 1 orang yg diberi kuasa utk menggantikan orang lain; pengganti: Ia hadir dlm mesyuarat itu sbg ~ pengarah. 2 orang yg dilantik sbg utusan sesebuah negara, perkumpulan dll: Duta ialah ~ pemerintah sesebuah negara di negara lain. 3 orang yg mengurus perdagangan dll utk orang lain; ejen. ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan. ~ pos pejabat pos kecil di kampung-kampung. ~ rakyat ahli parlimen. ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya. berwakil mempunyai wakil; memakai wakil: Jika tidak dpt datang sendiri, saudara boleh ~. mewakili menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu. mewakilkan 1 memberi kuasa kpd seseorang utk menjadi wakil: Pengundi tidak boleh ~ orang lain utk mengundi. 2 menyerahkan kpd orang lain utk diurus: Dia ~ adiknya utk mengurus perniagaannya. perwakilan 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
wakil-wakil rakyat atau wakil rakyat-wakil rakyat

Saudara,

Frasa yang betul ialah wakil-wakil rakyat. Hanya perkataan pertama diulang.

Tatabahasa17.03.2010
Ingin bertanya penggunaan kata "yang". Adakah "yang" mesti digunakan atau boleh tidak digunakan, contoh: "Forum yang diadakan secara maya ini telah diikuti oleh 500 peserta, (yang) terdiri daripada wakil-wakil industri dan syarikat berkaitan kerajaan." Adakah dibenarkan jika kita tidak menggunakan kata "yang" dalam ayat di atas?Ayat ini perlu dimasukkan perkataan yang, iaitu Forum yang diadakan secara maya ini telah diikuti oleh 500 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil industri dan syarikat berkaitan kerajaan.Lain-lain09.08.2021
Soalan: Apakah penggunaan gelaran dalam surat rasmi untuk Yang Berhormat (Wakil Rakyat), dan penggunaan kata ganti nama wakil rakyat tersebut di dalam surat.Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, gelaran bagi Ahli Parlimen ialah YB, seperti YB Ali bin Kalim dan penggunaan kata ganti nama wakil rakyat tersebut di dalam surat ialah YB. 
 Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang menteri itu mempunyai gelaran  (anugerah) Dato', Tan Sri, Dr. atau Haji, maka kata sapaan untuk menteri tersebut  ditulis atau dipanggil  seperti yang berikut:

 1. YB Dato' Seri atau YB Tan Sri
 2. YB Tuan Haji
 3. YB Dr.
Tatabahasa13.01.2023
Saya wakil dari syarikat ingin memohon kepada pihak DBP untuk menterjemahkan surat ini dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Surat ini memerlukan bahasa profesional dan ingin digunakan untuk proses permohonan sijil Halal. Kerjasama dari pihak DBP amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Sila hubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan13.02.2023
Saya wakil dari Estrella Pastry ingin momohon pengesahan ejaan rumi ke jawi untuk perkataan "ESTRELLA PASTRY'. Kerjasama pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih.Ejaan jawi untuk perkataan "ESTRELLA PASTRY' ialah ايستريلا ڤيستريEjaan03.01.2021
saya wakil dr syarikat ecotech motorsport sdn bhd, tujuan saya mendpt kan pengesahan @ sijil dr pihak tuan berkenan papan iklan.. terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain26.05.2015
saya wakil rumah kebajikan ingin bertanya berkenaan dengan pengesahan bahasa pada papan iklan yang kami mohon daripada DBKL. papan iklan yang kami mohon bertulis Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan. di sini saya hendak pastikan bahawa penggunaan bahasa tersebut betul atau salah?Penamaan yang betul ialah "Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa". Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk membuat permohonan iklan secara dalam talian sebelum dikemukakan kepada Jabatan Pelesenan, DBKL. Tatabahasa22.06.2011
SAYA AMIN WAKIL DARI ZACKS CORNER, SAYA INGIN MENANYAKAN BAGAIMANA EJAAN BETUL ZACKS CORNER DALAM BAHASA JAWI ?Ejaan Jawi bagi ZACKS CORNER ialah زيک س کورنرEjaan11.11.2023
Qamariah Agency Wakil Takaful KeluargaSila kemukakan pertanyaan anda dengan jelas.Lain-lain22.09.2014
dealerwakil penjualIstilah19.12.2008
12345678910...

Kembali ke atas