wakil-wakil rakyat atau wakil rakyat-wakil rakyat | Saudara, Frasa yang betul ialah wakil-wakil rakyat. Hanya perkataan pertama diulang. | Tatabahasa | 17.03.2010 |
Soalan: Apakah penggunaan gelaran dalam surat rasmi untuk Yang Berhormat (Wakil Rakyat), dan penggunaan kata ganti nama wakil rakyat tersebut di dalam surat. | Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, gelaran bagi Ahli Parlimen ialah YB, seperti YB Ali bin Kalim dan penggunaan kata ganti nama wakil rakyat tersebut di dalam surat ialah YB. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang menteri itu mempunyai gelaran (anugerah) Dato', Tan Sri, Dr. atau Haji, maka kata sapaan untuk menteri tersebut ditulis atau dipanggil seperti yang berikut: 1. YB Dato' Seri atau YB Tan Sri 2. YB Tuan Haji 3. YB Dr.
| Tatabahasa | 13.01.2023 |
Bagaimanakah cara mengira jumlah perkataan dewan serba guna dan wakil rakyat. Boleh beri penjelasan | Dewan serba guna mempunyai tiga perkataan, manakala wakil rakyat mempunyai dua perkataan. Kedua-duanya perlulah dipisahkan. | Ejaan | 23.06.2021 |
Kedaifan penduduk-penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat. Saya berpendapat 'penduduk-penduduk' betul. Apa pendapat tuan? | Penduduk bermaksud orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll). Oleh itu, perkataan penduduk dalam ayat tersebut tidak perlu digandakan. Ayat yang betul ialah 'Kedaifan penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat.' | Tatabahasa | 30.08.2007 |
Kata Sapaan untuk: i ) wakil rakyat ii) usahawan iii) ketua polis daerah iv) kadi daerah | Seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri disapa sebagai "Yang Berhormat", manakala bagi seorang usahawan, ketua polis daerah dan kadi daerah yang tidak bergelar Dato' disapa sebagai "Tuan/Encik". | Lain-lain | 27.05.2011 |
Saya memerlu senarai panggilan contoh wakil rakyat kita panggil Yang Berhormat dan yang lain-lain | Sdr. bolehlah merujuk buku-buku, contohnya buku Dr Awang Sariyan, Santun Berbahasa | Makna | 31.07.2007 |
Bagaimana kita hendak mengenal pasti panggilan hormat untuk tetamu-tetamu jemputan seperti yang berbahagia, yang berusaha, yang dihormati..dan sebagainya. | Yang Berhormat ialah rujukan hormat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) yang kebiasaannya memang ada gelaran , Yang Berbahagia untuk jemputan yang ada gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan Wakil rakyat, sementara Yang Berusaha ialah rujukan kehormat untuk pengerusi majlis atau penganjur majlis. Harap maklum. | Istilah | 22.08.2006 |
sesuai atau tidak penggunaan KGD "beliau"digunakan untuk orang yang melakukan jenayah seperti menteri,wakil rakyat dan sebagainya. Bukankah penggunaan beliau hanya untuk orang yang dihormati? 2. ejaan yang betul tersergam atau tesergam 3. boleh ke kita menggunakan kata sendi hingga ke Contohnya Ali menunggu Abu dari pagi hingga ke petang. | Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang tua dan yang dihormati, lazimnya selagi seseorang itu bergelar (kerana pangkat dan gelaran seperti Datuk, Tan Sri dan sebagainya) beliau masih dihormati. | Lain-lain | 21.10.2009 |
Setahu saya "Yang Berhomat Mulia" ini digunakan untuk kerabat diraja dengan gelaran warisan seperti Raja,Tengku,dan sebagainya yang menjadi wakil rakyat (sama ada ahli Parlimen/ADUN). Jadi gelaran yang digunakan oleh MAIK seperti yang dilampirkan adalah tidak tepat. | Visual yang dilampirkan tidak dapat dibuka. Kami tidak dapat menyemak lampiran yang tuan berikan tentang penggunaan Yang Berhormat Mulia oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Penyataan tuan tentang penggunaan sapaan "Yang Berhormat Mulia" betul. Walau bagaimanapun, penggunaan pada peringkat negeri juga tertakluk pada protokol kerajaan negeri berkenaan. | Tatabahasa | 26.01.2021 |
apakah perbezaan YBhg. dato' dengan YB Dato' | YB ialah singkatan untuk Yang Berhormat dan YBhg. singkatan untuk Yang Berbahagia. Panggilan hormat untuk orang yang mendapat gelaran Dato' ialah Yang Berbahagia (YBhg.) tetapi sekiranya individu tersebut seorang wakil rakyat atau lain-lain boleh dipanggil sebagai YB Dato' | Lain-lain | 08.02.2018 |