Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa/.tu] | وقتو

Definisi : 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembah­yang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hen­daklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa/.tu] | وقتو

Definisi : 1 rangkaian saat atau ketika yg telah lampau, sekarang dan yg akan datang; masa; tempoh: Tidak ada sesiapa pun yg mengetahui apa-apa yg akan berlaku pd ~ yg akan datang. 2 saat yg tertentu utk melakukan sesuatu (spt utk bersembahyang): ~ subuh; ~ makan; ~ tidur. 3 ukuran masa yg tertentu; jangka masa: Dlm ~ yg singkat saja, ia dpt menyiapkan kerja itu. 4 masa melakukan atau masa berlakunya sesuatu; ketika; saat: Kebetulan pula pd ~ itu, ia sedang mandi. ~ hujan; ~ malam. 5 masa yg terluang; kesempatan; peluang: Tidak ada ~ sama sekali utk berehat kerana kerja banyak. ~ (Min) Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan atau penentuan waktu di tempat lain di dunia. ~ perdana (utama) waktu yg paling ramai orang menonton televisyen atau mendengar radio. ~ puncak waktu berlakunya sesuatau, mis ketika lalu lintas paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik paling tinggi. ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain. berwaktu mengikut waktu; ada waktunya: Ia makan ~. sewaktu sama waktu dgn; pd waktu; semasa: ~ pencuri masuk, ia sedang tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Waktu senja tanak pulut,
     Untuk bekal turun ke padang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Lang pungguk lang berikan,
     tidur siang berjaga malam.

Bermaksud :

Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bantuan, adakah waktu-waktu solat seperti Subuh dan Zohor dikira sebagai Kata Nama Khas? Begitu juga dengan perkataan-perkataan yang terdapat daripada tafsir Al-quran iaitu:- Baitullah, Masjidil dan Rasulullah Adakah ianya kata nama khas? Sekian,bantuan dari pihak DBP amatlah dihargai.Terima kasih.Waktu solat merupakan kata nama am dah dieja dengan huruf pertama kecil. Baitullah dan Rasulullah merupakan kata nama khas dieja dengan huruf pertama huruf besar  manakala masjidil kata am kecuali jika merujuk kepada Masjidilharam iaitu, masjid Mekah maka dieja dengan huruf besar pada huruf pertama. Tatabahasa08.07.2014
intervaljarak waktu, waktu selangLain-lain10.04.2007
internaljarak waktu, waktu selangLain-lain09.04.2007
a) Beego bermain bola pada waktu pagi? b) Beego bermain bola pada waktu petang? (atau) Ayat majmuk: 1) Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang? 2) Beego bermain bola pada waktu pagi atau waktu petang? 3) Beego bermain bola pada waktu pagi atau pada waktu petang? Ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang tepat ialah "Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang?" . Dalam ayat tersebut, berlaku pengguguran frasa sendi nama yang serupa.Tatabahasa09.10.2013
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk. 1)Ayesha berjoging pada waktu pagi. Ayesha berjoging pada waktu petang.(atau) Jawapan: a)Ayesha berjoging pada waktu pagi atau petang. b)Ayesha berjoging pada waktu pagi atau pada waktu petang. Jawapan yang mana satu betul? 2)Ibu minum teh di rumah. Ibu minum teh di kafe.(atau) Jawapan: a)Ibu minum teh di rumah atau di kafe. b)Ibu minum teh di rumah atau kafe. Jawapan di atas yang mana satu betul?Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke. Oleh itu, kesemua ayat contoh yang diberi adalah betul,  Ayesha berjoging pada waktu pagi atau petang/Ayesha berjoging pada waktu pagi atau pada waktu petang serta Ibu minum teh di rumah atau kafe/Ibu minum teh di rumah atau di kafe.Tatabahasa05.04.2013
Bolehkah saya terjemahkan 'coffee time' kepada waktu berkopi?“Coffee time” dalam istilah pentadbiran perniagaan diberikan padanan “waktu rehat” iaitu, waktu berehat yang pendek pada waktu pagi atau petang yang menyajikan kopi atau teh dan makanan ringan. Lagipun, secara amalannya, ada pelbagai jenis minuman bukan sahaja kopi yang boleh diminum masa rehat, maka ‘waktu berkopi’ sangat harfiah terjemahannya.Istilah09.04.2014
Selamat sejahtera. Pada waktu pagi dan malam/ pada waktu pagi dan pada waktu madam(yang mana satu betu?) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Pada waktu pagi dan malam…”

Tatabahasa28.01.2024
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "hours of the day between which" dalam konteks ayat di bawah: "the hours of the day between which a child or young person shall not take part in a public performance." Sama ada boleh diterjemah sebagai "waktu-waktu yang antaranya"?Untuk makluman, padanan terjemahan langsung tidak terpakai untuk padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu kerana kedua-dua bahasa mempunyai struktur ayat yang berbeza. Padanan “hours of the day” dalam bahasa Melayu ialah waktu tertentu dalam sehari.  Untuk frasa "the hours of the day between which a child or young person shall not take part in a public performance" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu waktu tertentu dalam sehari yang tidak membenarkan kanak-kanak atau orang muda mengambil bahagian dalam persembahan.Makna02.07.2021
Selamat petang tuan. Moga-moga tuan gembira melunaskan amanah yang terpikul. Tuan, apakah sendi nama yang tepat bagi masa: "pada" atau "dalam"? Pada pendapat saya, ungkapan "pada zaman Melaka" dan "dalam zaman Melaka" berbeda atau senjang. "Pada" menunjukkan waktu tertentu, iaitu berpaku pada satu waktu sahaja, tidak melibatkan jangka waktu. "Dalam" pula menunjukkan jangka waktu, iaitu dari satu waktu ke satu waktu, dari waktu bermula sampai waktu tamat. Jadi "pada zaman Melaka" bermaksud tepat-tepat pada zaman Melaka itu sahaja, bukan zaman lain seperti zaman Abbasiyah, zaman penaklukan Jepun, zaman penjajahan British. "Dalam zaman Melaka" pula bermaksud jangka masa dari masa bangkitnya zaman Melaka hingga lenyapnya zaman ini. Jadi, dapat saya simpulkan bahawa sebenarnya kedua-dua sendi "pada" dan "dalam" boleh digunakan untuk masa, hanya maksud yang timbul senjang (berbeda). Sorotan lanjut ada dalam WordPad yang terlampir. Isi WordPad ini sebenarnya surat saya terhadap Dr. Awang Sariyan, namun saya memohon pandangan tuan juga. Harap tuan menjelaskan perkara ini. Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan, jelas diterangkan kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan waktu dan tempat. Kami menerima ayat "pada zaman Melaka" ini betul kerana selari dengan prinsip Tatabahasa Dewan.Tatabahasa01.12.2016
Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'?Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;

waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam;
Makna22.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas