Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau] | والاو

Definisi : 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau] | والاو

Definisi : 1 dan sekiranya; dan jika: ~ ke hutan pun, aku sanggup pergi. 2 = walaupun biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
betujal[b«.tu.dZAl]kata kerjabertengkar, berbalah, bertekak, berperang mulut; betujai.Lagu mana pandai pun hang jangan dok betujal dengan orang tua.[lA.gu mA.nA pAn.dAj pon hAN dZA.NAn do/ b«.tu.dZAl d«.NAn .ÒAN tu.wA]Walau bagaimana pintar sekalipun jangan kamu berbalah dengan orang tua.
betujai[b«.tu.dZAj]kata kerjabertengkar, berbalah, bertekak, berperang mulut; betujal.Lagu mana pandai pon hang jangan dok betujai dengan orang tua.[lA.gu mA.nA pAn.dAj pon hAN dZA.NAn do/ b«.tu.dZAj d«.NAn .ÒAN tu.wA]Walau bagaimana pintar sekalipun jangan kamu berbalah dengan orang tua.
rempang[Ò«m.pAN]kata adjektifberkenaan pemikiran, kelakuan yang tidak begitu sempurna, gila-gila bahasa, tiga suku, nakal-nakal, nanar; kereko.Dia kata apa pon kat hang tok sah dok kera, dia tu rempang siket.[di.jA kA.tA A.pA pon kAt hAN to/ sAh do/ kE.ÒA di.jA tu Ò«m.pAN si.ket]Walau apapun yang dikatakan kepada kamu, janganlah dipedulikan kerana dia itu gila-gila bahasa sedikit.
   2. sangat suka mengambil atau meminta akan barang orang sama ada diizinkan atau tidak.Ali memang melahaq, mokalu dia nak, hak orang tak bagi pon dia ambek jugak.[A.li mE.mAN m«.lA.hA)Ö m.kA.lu di.jA nA/ hA/ .ÒAN tA/ bA.gi pon di.jA Am.be/ dZu.gA/]Ali memang suka akan barang kepunyaan orang, jika sudah berkenan, walau tidak diberi diambilnya juga.

Kembali ke atas