Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau] | والاو

Definisi : 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau] | والاو

Definisi : 1 dan sekiranya; dan jika: ~ ke hutan pun, aku sanggup pergi. 2 = walaupun biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
walaubagimanapun atau walau bagaimanapunEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun Ejaan12.01.2017
walau ke pulau manapun kita dihanyut ATAU dihanyutkan?Jawapan yang betul ialah "walau ke pulau manapun kita dihanyutkan"Sastera28.01.2022
Saya nak Tanya, perkataan walau bagaimanapun boleh diguna pakai lagi ke atau telah ditukar kepada bagaimanapun.Kata bagaimanapun dan walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa09.05.2016
Tuan, boleh atau tidak menggunakan kata hubung seperti " kendatipun" atau ,"walau bagaimanapun" dalam surat rasmi?Perkataan "walau bagaimanapun" boleh digunakan dalam surat rasmi. Perkataan "kendatipun" hanya digunakan dalam persuratan lama dan dalam cerita hikayat.  Tidak ada hukum tatabahasa yang menghalang penggunaan perkataan "kendatipun" dalam surat rasmi, namun setakat ini tiada penggunaan perkataan tersebut dirakamkan dalam surat-surat rasmi.Pembinaan Bakat01.03.2019
SAYA INGIN BUAT PENGESAHAN TENTANG EJAAN BAGI PERKATAAN : 1. WALAU BAGAIMANAPUN 2. WALAUBAGAIMANAPUN YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETULEjaan yang betul ialah "walau bagaimanapun".Ejaan24.06.2016
Assalamualaikum tuan. Antara ayat berikut, yang mana satukah yang paling tepat? 1. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walau dilarang oleh para sahabat. 2. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walau dilarang oleh para sahabat. 3. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. 4. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walaupun dilarang oleh para sahabat. Terima kasih saya dahulukan. Ayat yang betul ialah Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. Tatabahasa02.09.2021
1. Minyak Diesel atau minyak diesel. Adakah ianya nama khas atau nama am ? 2. Ejaan yang betul. Adakah Walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun ? 3. Tadbir urus atau urus tadbir ?1. minyak diesel

2. walau bagaimanapun

3. Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance".
Ejaan12.02.2015
Salam. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan ayat. 1) Kerajaan telah mula meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995 atau Kerajaan telah meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995? 2) Walau bagaimanapun, sehingga ke saat ini kerajaan masih belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan atau Walau bagaimanapun, sehingga kini kerajaan belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan? Terima kasih atas perhatian diberikan.Kedua-dua ayat ini betul dan merupakan pilihan kepada pengguna untuk digunakan. Sedikit pembetulan: sehingga saat ini (tanpa ada "ke").Tatabahasa03.04.2019
1.Mohon pencerahan berkenaan perkataan kata penghubung/ kata keterangan yang tepat: Bagaimanapun atau Walau bagaimanapun atau kedua - dua boleh? 2. Mohon pencerahan penggunaan kata penghubung yang tepat: Kursus berkenaan diaddakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021 atau Bagaimana? Sekian, terima kasih.Kata hubung "bagaimanapun" dan "walau bagaimanapun", kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat. Kedua-dua kata hubung "dari" dan "pada"  boleh digunakan mengikut konteks ayat contohnya,  Kursus berkenaan akan/telah diadakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021. 
Tatabahasa04.05.2021
Aplikasi mudah alih mempunyai pengguna yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kualiti aplikasi mudah alih adalah masalah yang diketahui. Oleh itu, ujian yang lebih baik telah dijalankan iaitu penyelidikan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik. Pertama, mengenal pasti teknik mutasi untuk aplikasi mudah alih. Kedua, mengenal pasti pengendali mutasi untuk aplikasi mudah alih yang akan membuat aplikasi mudah alih mempunyai kualiti yang baik. Akhirnya, pengendali mutasi sesuai akan dilaksanakan dengan kes ujian aplikasi mudah alih. Ini adalah bermasalah kerana kekurangan pendekatan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih. Dengan sebab itu, kajian ini mencadangkan pengusaha mutasi sesuai untuk aplikasi mudah alih.1. Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi mudah alih? Adakah maksud yang ingin disampaikan ialah Telefon mudah alih?
2. Walau bagaimanapun, terdapat masalah dalam aplikasi ini (atau terdapat masalah dalam telefon mudah alih ini).
3. Apakah maksud mutasi dalam ayat ini? Mutasi dalam bahasa Melayu bermaksud perubahan pada bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dan sebagainya) yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dalam satu kata yang dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yang berhampiran.
Lain-lain17.05.2017
12345678910...

Kembali ke atas