Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau] | والاو

Definisi : 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau] | والاو

Definisi : 1 dan sekiranya; dan jika: ~ ke hutan pun, aku sanggup pergi. 2 = walaupun biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
silinder penyukat bersenggatgraduated measuring cylinderAlat makmal yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair. Silinder ini umumnya lebih tepat ukurannya berbanding kelalang makmal dan bikar. Walau bagaimanapun, ukurannya kurang tepat berbanding kelalang volumetrik atau pipet volumetrik.Menengah Atas

Kembali ke atas