Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau] | والاو

Definisi : 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau] | والاو

Definisi : 1 dan sekiranya; dan jika: ~ ke hutan pun, aku sanggup pergi. 2 = walaupun biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

PantunSumberTema
Walau kain panjang sejengkal, Elok juga mengail udang; Walaupun kecil belum berakal, Elok juga membuat ladang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walau penat pergi ke pantai, Di sana nanti memakan tiram; Walaupun niat kami tak sampai, Cinta di hati tidakkan padam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau cantik bertudung sutera, Jangan lupa memakai pelekat; Walaupun adik di hujung dunia, Akan kukejar sampai dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau bulan tidak mengambang, Pelita kami tetap menyala; Walaupun tuan tidak memandang, Cinta di hati tetap membara.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Beras tidak walau segantang, Masak bubur tidak bersantan; Sawah padi kering kontang, Ayam itik mati tak makan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Walau sedikit temu tuan, Berlebih juga dari jerami; Walau sedikit ilmu tuan, Berlebih juga dari kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walau banyak cawan dijual, Harga murah cepat larisnya; Walau banyak kawan berbual, Bersua janda cepat jadinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walau makan berlimpah lauk, Kerana kenyang ditolak juga; Walau badanlah tua bongkok, Kerana dipinang berbedak juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walau laut berombak besar, Kerana janji bertolak juga; Walau lutut sudah gementar, Kerana laki dipeluk juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345

Kembali ke atas