Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau] | والاو

Definisi : 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau] | والاو

Definisi : 1 dan sekiranya; dan jika: ~ ke hutan pun, aku sanggup pergi. 2 = walaupun biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaWalau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik.
Kurik Kundi Merah SagaMerabung kita merabung, Atas rabung dipulak ambuk; Walau harum bunga kecubung, Kalau termakan memberi mabuk.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh dalam dulang, Dikirim orang kampung hulu; Walau jauh di negeri orang, Doa restu kirim selalu.
Kurik Kundi Merah SagaHijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar.
Kurik Kundi Merah SagaZam-zam telaga Makkah, Tempat orang mengambil haji; Walau beribu orang bergagah, Kami tidak mungkir janji.
Kurik Kundi Merah SagaBukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa.
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki.
Kurik Kundi Merah SagaAngkut-angkut hinggap di bukit, Membuat sarang di pokok rendang; Walau tertangkup bumi dan langit, Janji tidak saya uraikan.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga.
12

Kembali ke atas