Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau] | والاو

Definisi : 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau] | والاو

Definisi : 1 dan sekiranya; dan jika: ~ ke hutan pun, aku sanggup pergi. 2 = walaupun biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
penyusunan kamus istilah adalah satu usaha yang sangat rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang begitu menggalakkan. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini merupakan kesinambungan daripada Siri Penerbitan Kamus Istilah MABBIM yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan yang lebih besar dan kitaran penyulitan yang lebih banyak, Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas algoritma ini mendakwa bahawa keselamatan algoritma ini lebih kukuh berbanding algoritma DES. Walau bagaimanapun, ciri algoritma ini dirahsiakan oleh NSA dan hingga kini hanya wujud dalam bentuk cip litar Clipper dan tidak wujud dalam bentuk perisian. algoritma RC2/RC4 (Ig. RC2/RC4 algorithm

Kembali ke atas